Sabtu, 23 Mei 2009

Kesilapan

Membaca artikel saifulislam 'saya tidak suka buku ustaz...'..menyebabkan saya teringatkan komen saya bagi satu buku yang saya tidak suka dan menyesal membelinya. Saya menyesal membeli buku itu bukan kerana ianya tidak berinformasi tetapi dengan tajuknya yang sedemikian, saya mengharapkan agar isinya adalah amalan-amalan yang boleh dilakukan seorang isteri agar dapat menjadi seperti Khadijah yang berjaya membuatkan Rasulullah S.A.W bersedih diatas kematiannya dan menjadi kecemburuan Aishah r.a.

Namun, selepas melewati hingga tengah buku, saya dapati, sumber-sumber rujukan adalah banyak dari buku-buku tulisan Barat. Itu yang menjadikan saya kecewa. Ditambah lagi, hadis-hadis yang dipetik tak jelas matan dan perawinya (correct me if i'm wrong). Saya rasa sangat geram apatah lagi, muka pertama atau bab pertama yang dipaparkan adalah mengenai kisah seorang suami Jepun (atau mana saya tak pasti sebab dah terlupa kerana sudah memberi buku kepada orang lain) yang mewar-warkan cintanya di dada akhbar setelah berpuluh tahun mendirikan rumahtangga kepada isterinya. Seandainya tajuk buku itu ditukarkan kepada tips kebahagiaan rumahtangga atau tip-tip berumahtangga itu ok, saya mungkin boleh terima. Tapi, dengan tajuk "Bagaikan Khadijah disisi Rasulullah", saya tak mengharapkan adanya bab mengenai perlunya jeriji besi dirumah dan sebagainya...saya harap, pihak penerbit yang menerbitkan buku lebih prihatin dengan hubungkait isi dan tajuk buku.

itu sahaja yang dapat saya luahkan disini.