Jumaat, 6 Mei 2011

apabila seorang pelajar

hari ni aku mencari berita tentang pengajar aku di ITNM dulu yang aku rasa menjadi punca kebangkitan semangat patriotisma aku. tapi tadi, aku terbaca satu berita yang menuduhnya menjadi penyebar fahaman pembangkang dan membelakangi kerajaan. aku pernah berada dalam kelas beliau dan aku dapati dia banyak mendedahkan kebenaran dan membuka mata kami yang berada dalam kelas. sayang, masa tu aku tak sempat mengabadikan kenangan bergambar bersama beliau. dua minggu di sana dan seminggu lebih dalam kelas beliau menjadikan aku seorang pecinta bahasa dan aku tidak mendapati sesuatu yang salah dalam kelas beliau. kata penulis tersebut, sepatutnya pengajar ini menyalurkan fahaman politik beliau mengikut saluran yang betul, tapi adakah cubaan membangkitkan rasa cintakan negara dan bahasa menjadi satu kesalahan? aku tak mahu sebelahi sesiapa dalam hal ini kerana mungkin juga pengajar tersebut juga telah berubah tapi sepanjang dua minggu yang mana sebahagian besar kelas adalah bersama beliau, tiada satu pun ilmu daripada silibus yang tidak di ajar bahkan semakin memantapkan lagi keyakinan dan keupayaan kami untuk berbahasa Melayu dan terus mengagungkan bahasa. mungkin kerana kelas kami adalah kelas sepenuh masa yang ditanggung diri sendiri dan bukan dihantar agensi atau jabatan menyebabkan kami menghayati pembelajaran itu dengan sepenuh hati bukan sambil lewa dan sempat pula mencari salah dan silap pengajar.

Isnin, 2 Mei 2011

ceritera bahasa


minggu lepas, aku dan suami ke badan. lama dah tak ke sana. belek-belek buku kat situ, terjumpa satu buku ni tajuk dia ceritera bahasa. jenguk sikit isi dia, berkenan dan aku pun belila. harga pun murah. janji aku dapat baiki bahasa aku. tidakla tidak pandai berbahasa cuma nak sangat membanyakkan perbendaharaan bahasa sendiri. tertarik dengan satu kisah dalam buku tu yang bertajuk lebih kurang macam ni la (lupa pulak aku) "matikah pesakit kalau Doktor bercakap Bahasa Melayu?" Aku suka sangat dengan topik tu sebabnya sekarang ni aku lihat terlalu ramai yang taksub dengan bahasa inggeris walaupun aku tidak menafikan akan kepentingannya. Cuma bagi aku, boleh berbahasa inggeris pada keadaan-keadaan yang memerlukan tapi kekalkan bahasa melayu bagi semua keadaan agar jatidiri kita tidak hilang. bila jatidiri masih kukuh, semangat cintakan negara juga akan makin kuat kerana bahasa menunjukkan bangsa.