Rabu, 19 November 2008

pelayaran mengenal fungsi diri

Mencari-cari artikel yang best untuk dimuatkan dalam blog ni, aku terjumpa satu pesoalan yang aku rasa bukan orang dalam cerita ini saja atau abusaif tapi juga soalan yang sama ni sering berputar-putar dikotak pikiran aku dan suami. "Kita ni nak jadi apa ya?"

Nah, di sini, kupasan ustaz, betul2 menjawab persoalan yang bermain diminda cuma menanti kita saja yang menemukan jawapannya......

“Ustaz, sampai sekarang saya masih belum nampak saya ini sebenarnya Allah cipta untuk buat kerja apa?”, tanya Imad kepada saya, selepas Kuliah Maghrib di KTDI sebentar tadi.

“Maksudnya?”, saya cuba membantu Imad memperincikan soalannya.

“Saya sudah di hujung pengajian perubatan. Belum ada kepastian kelebihan dan kecenderungan saya di mana”, ujarnya.

Alhamdulillah. Imad yang ini bukan anak saya. Tetapi senama. Kebetulan yang menguja.

Alhamdulillah kerana buah fikiran yang saya kongsi sama ada melalui pertemuan di kolej, atau melalui tulisan yang saya lakar di saifulislam.com, Imad sudah dapat menangkap intipati mesej yang cuba saya sampaikan.

“Awak adalah orang kedua bertanyakan soalan ini kepada ustaz. Orang pertama adalah diri ustaz sendiri. Bertanya kepada diri sendiri soalan yang sama”, saya berkongsi cerita.

“Pertamanya izinkan diri untuk mengembara. Ustaz andaikan seperti sebuah kembara di lautan yang luas terbentang”, saya cuba beranalogi.

Imad dan Azhar yang menemani saya minum, terus mendengar.

Mencari jawapan kepada soalan, “saya hidup ini untuk buat kerja apa” … adalah suatu pelayaran di lautan yang luas. Jawapan kepada soalan itu memang luas.

Ya, menjadi seorang doktor… itulah karier yang menanti seorang pelajar perubatan. Tetapi lautan itu masih luas.

Doktor apa? Mahu ke medical atau surgery? Lautannya masih luas.

Itu kalau saya kecilkan soalan kepada kerjaya. Tetapi jika dibesarkan kepada soal menjadi khalifah Allah… khalifah yang bagaimana… maka lautan itu akan terus melebar.

“Habis,bila nak nampak daratannya ustaz?”, tanya Imad lagi.

“Itulah persoalannya”, tepat sekali soalan Imad kepada saya.

Jika kita berhenti berlayar, dan memilih untuk menjadi pulau kecil di tengah lautan, maka di situlah berakhirnya persoalan “hidup untuk apa” itu tadi.

MEMILIH HIDUP YANG TIDAK BERMAKNA

Melukut di tepi gantang, kata orang Melayu. Hadirnya tidak dirasai, perginya tidak disedari. Sungguh tidak bermakna. Sebutir pulau di tengah lautan bererti cukup sahaja dengan apa yang ada.

Minum air masin, tak apa. Eloklah… daripada tak ada air langsung. Makan ikan sahaja, tak apa. Eloklah… daripada tak ada makanan langsung.

Orang yang malas belayar dan mengambil keputusan untuk bercukup dengan apa yang ada, tidak akan dapat menjawab soalan “apa peranan sebenar saya hidup di dunia ini”.

Kalau seorang doktor, mungkin sehingga jadi chronic MO! Peningkatan diri hanya sekadar pada peningkatan tangga gaji kerana bertambahnya tahun perkhidmatan dengan sedikit kelulusan kursus-kursus induksi.

Tiada pengkhususan dan tidak berjaya untuk tersendiri, kerana berpada dengan apa yang ada. Berhenti belayar dan mencipta daratan sendiri, biar pun hanya sekangkang kera.

Maka kita kena terus belayar… hingga nampak daratan. Pelbagai daratan. Singgahlah di daratan itu, satu demi satu, ketahui realitinya dan bukan hanya memandang pantai dari jauh.

sail.jpg

BELAYAR LAJU DAN HINGGA KETEMU

Kuncinya ialah, belayarlah selaju mungkin agar cepat melihat daratan, agar banyak melihat daratan, agar boleh menggunakan masa untuk turun ke daratan demi daratan, dan akhirnya memilih daratan terbaik untuk tercampak ke darat menjadi gunung.

Dalam hidup ini, buat apa pun, buat yang terbaik. Terokai habis-habisan setiap peluang yang ada. Ia seumpama belayar biar sampai jumpa daratan. Beranikan diri turun ke pantai dan ketahui realiti sebenar di pantai itu.

Dengan syarat, anda belayar laju dan optimum. Agar jangan lengah tiba ke satu daratan, kerana mungkin ada beberapa daratan lagi yang perlu dicuba.

“Ustaz harap awak tidak pening dengan analogi tadi”, saya tersenyum.

“Saya faham apa yang ustaz maksudkan. Kalau kita buat attachment contohnya, jika belajar sambil lewa, kita pun tak pasti kita berpotensi atau tidak di bidang itu. Kecuali kita buat habis-habisan, barulah kita tahu bidang itu adalah bidang kita atau tidak”, Imad cuba menyimpulkan analogi saya.

“Benar. Jika memang bidang kita, segeralah bercucuk tanam dan memakmurkan daratan kita itu. Jika bukan bidang kita, jangan berlengah untuk terus belayar dan mencuba daratan-daratan yang lain”, saya menambah.

PELAYARAN SAYA

Saya sendiri, sudah mencuba pelbagai jenis pekerjaan. Bekerja sebagai Imam, cikgu sekolah, Pengetua, Chaplain di hospital, penjara dan universiti, motivator, ustaz, ahli sejarah, cenderung kepada pelajar, cenderung kepada pekerja, cenderung kepada menyokong moral pesakit… pelbagai daratan sudah saya singgah.

Dan di setiap daratan itu saya berikan sepenuh keupayaan untuk menguji bakat, keserasian, minat dan kebolehan. Akhirnya pilihan yang pelbagai itu akan mula menonjolkan diri kita yang sebenarnya.

BAKAT SAHAJA TIDAK CUKUP

Dalam pelayaran mengenal fungsi diri, adakalanya kita ditipu oleh pujian bahawa kita berbakat dalam satu-satu kerja yang kita buat, dek satu dua kejayaan yang terhasil. Kita sangkakan bakat itulah penentu kepada tempat sauh dilabuh. Sedangkan bakat semata-mata, tidak pernah memadai. Ia hanya sebahagian daripada jawapan kita dalam pelayaran mengenal fungsi diri.

Bakat memerlukan kekuatan pada kepercayaan dan keyakinan diri.

Bakat juga berhajat kepada inisiatif untuk menjadi aktif.

Bakat perlu mendambakan fokus diri agar ia terarah.

Bakat juga memerlukan perancangan dan persiapan untuk ia mengambil posisi.

Bakat sangat memerlukan latihan untuk menajamkannya.

Bakat juga amat memerlukan istiqamah untuk terus menghidupkannya.

Bakat hanya akan terpelihara dan terus berguna apabila SIKAP yang betul mengiringinya.

Itulah pesanan John C. Maxwell di dalam bukunya “TALENT IS NEVER ENOUGH” yang amat saya galakkan buat kita semua membacanya.

Mudah-mudahan di hujung percubaan demi percubaan itu, saya, Imad dan kita semua akan bertemu dengan keunikan dan keistimewaan diri sebagai gelanggang kita yang tersendiri… khalifah Allah di muka bumi.

Allah tidak menciptakan manusia ada yang pandai ada yang bodoh. Tetapi Allah mencipta kita semua berbeza kepandaian. Carilah keistimewaan diri masing-masing

Allah tidak menciptakan manusia ada yang pandai ada yang bodoh. Tetapi Allah mencipta kita semua berbeza kepandaian. Carilah keistimewaan diri masing-masing pada kata kunci yang mudah…

Buat apa sahaja, biar sehabis baik!

dipetik dari: ABU SAIF @ www.saifulislam.com

delete entry boooring

hmm...bila jiwa kosong terasa nak bagitau seisi alam, betapa sunyinya kita. tapi, bila terbaca satu keratan yang mengatakan orang Islam tak patut ada istilah boring, bosan, sakit hati dsb, aku ternampak diri aku dengan keadaan yang macam tu. jadi, aku buang entry boring tu sebab aku tak mahu lagi jadi macam tu. aku ada kerja lain yang aku kena buat. ada kerja jadi tak patutla boring kan? kalau hati penuh dengan nama Dia, inagatn pada dia dan kekasihNya, mesti jiwa kita tak bosan dan keluh kesah lagi kan? aku harap sangat dapat capai tahap tu. sebab tula perjalanan ini kunamakan perjalanan menuju fitrah. DOAKAN SAMA YA................aminnn.......

firmanNYA yang bermaksud

Firman Allah,

yang maksudnya:

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan solat serta memberi zakat, juga taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana [al-Taubah 9: 71]

ini aku petik dari artikel abusaif yang bertajuk "ANTARA PEDULI DAN PEDULI APA". Artikel ini sangat menarik (rasanya artikel-artikel tulisan abusaif memang aku rasa menarik). Katanya dalam artikel tu,

"ISLAM AGAMA PEDULI. Memang Islam agama peduli. Agama ambil tahu.

Allah SWT tidak jadikan manusia ini berdiri tunggal tidak berhajat kepada manusia lain. Lahirnya, tali pusat dipotong orang. Matinya pun, dikafan dan dihantar ke kubur oleh orang lain. Jangan sombong menyebut “kubur masing-masing”. Nanti diherdik orang suruh ke kubur sendiri dan kambus sendiri selepas mati!

Oleh kerana kita punya banyak hajat pada bantuan dan hasil kerja orang lain, maka Allah pikulkan tanggungjawab untuk membalasnya. Ada give and take.

Islam adalah agama yang mengajar kita berdamping dengan matlamat, dengan tujuan. Justeru setiap amalan bermula dengan mempersoal serta menetapkan niat. Kerana niat, Tahassus boleh berubah menjadi Tajassus.

Tahassus itu adalah perbuatan mengambil tahu, menyelidik dan menyiasat untuk tujuan yang baik. Manakala Tajassus pula adalah perbuatan menyelidik, menyelak-nyelak dan mencari-cari kesalahan serta kelemahan orang lain dengan tujuan yang jahat.

Namun Islam melarang perbuatan yang sama, andai motifnya bukan untuk suatu kebajikan. Sama ada berniat jahat, atau sekadar tanpa sebarang niat, kedua-duanya adalah mungkar. Justeru Allah SWT memberi amaran:

“… Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan serta keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain” [al-Hujuraat 49: 12]

Nabi Sallallaahu ‘alayhi wa sallam juga memberi peringatan lanjutan:

Dan janganlah kamu memutuskan (silaturahim), janganlah merancang kejahatan sesama kamu, janganlah benci membenci dan jangan saling berhasad. Jadilah kamu wahai hamba-hamba Allah bersaudara. Tidak halal bagi seorang muslim meninggalkan saudaranya lebih dari tiga (hari)”

Jika anda seorang Muslim, dan peduli pada kualiti Islam yang ada pada diri, maka peganglah hadith ini:

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu beliau berkata, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda: Di antara tanda eloknya Islam seorang itu ialah pada perbuatannya meninggalkan apa-apa yang tidak berkenaan dengan dirinya) Hadith Hasan diriwayatkan oleh al-Tirmidhi dan lain-lain

Dalam suasana perlunya kita mengambil berat dan PEDULI antara satu sama lain, belajar-belajarlah untuk sesekali membalas gosip dengan berkata, “PEDULI APA!”

Hmm...mcm terkena sikit pda batang hidung sendiri. sedikitla...sebab nak sibuk hal artis, dah lam tak tengok melodi atau TV tapi yang sikit tu adalah sebab sibuk hal orang sekeliling. Janganla yang sikit tu buat aku rugi. Nauzubillah...




Jumaat, 14 November 2008

Can't Smile Without You

I dedicate this song nyanyian Barry Manilow to my beloved hubby. Thanks for everything.....

You know I can't smile without you
I can't smile without you
I can't laugh and I can't sing

I'm finding it hard to do anything
You see I feel sad when you're sad
I feel glad when you're glad

If you only knew what I'm going through

I just can't smile without you
You came along just like a song

And brightened my day
Who would have believed that you were part of a dream

Now it all seems light years away

And now you know I can't smile without you
I can't smile without you

I can't laugh and I can't sing
I'm finding it hard to do anything

You see I feel sad when you're sad

I feel glad when you're glad
If you only knew what I'm going through

I just can't smile
Now some people say happiness takes so very long to find

Well, I'm finding it hard leaving your love behind me
And you see I can't smile without you
I can't smile without you
I can't laugh and I can't sing

I'm finding it hard to do anything
You see I feel glad when you're glad

I feel sad when you're sad

If you only knew what I'm going through
I just can't smile without you





PELITA HIDUP


Hidup ini bagai lampu dinding
Yang dinyalakan di malam hari
Apabila minyak sudah kering
Ia kan pasti padam sendiri

Demikian hidup manusia
Selama hidup di dunia ini
Bila dah cukup umur usia
Putuslah hubungan di sana sini

Setelah kita tinggalkan dunia
Alam yang lain pula menanti
Apakah kita dapat kurnia
Itu melihat amal dan bakti

Di sana insan cemas dan bimbang
Tak dapat lagi buat alasan
Buruk dan baik akan ditimbang
Kedua-duanya dapat balasan

Rabu, 5 November 2008

19 KRITERIA LELAKI AHLI SYURGA

Bagi laki-laki yang slalu merindukan akan syurga Allah, inilah beberapa kriteria untuk menjadi lelaki penghuni syurga yang bernaung segala kenikmatan yang tidak pernah terbayangkan sebelumnya.


1- Khusyu dalam shalatnya
Lelaki ahli syurga tidak pernah menyia-nyiakan shalatnya dengan ketidakkhusyuan. Ia tidak ingin ketika berkomunikasi dengan Penciptanya ada gangguan yang membuat tidak optimal berkomunikasi.

2- Menjauhkan diri dari perbuatan dan perkara yang tidak berguna
Lelaki penghuni syurga selalu menjauhi perkara yang tidak berguna. Ia menghindari hura-hura dan kegiatan yang tidak bermanfaat. Tidak pernah menghayal dan bermenung sehingga waktunya berlalu sia-sia.

3- Menjaga farajnya (kemaluannya) kecuali pada istrinya
Lelaki penghuni syurga senantiasa menjaga harga diri dan kemaluaanya sehingga ia dapat mempersembahkan yang terbaik untuk istrinya kelak. Ia tidak tergesa dan ceroboh sehingga masuk ke dalam perzinaan baik itu secara fisik maupun batin. Karena ia tau bahwa zina itu tidak hanya secara fisik tapi juga batin. Ia sadar bahwa dirinya harus dipersembahkan sebaik-baiknya bagi istrinya kelak. Karena istrinya memiliki hak terhadap dirinya.

4- Ahli saum dan selalu menunaikan zakat
Lelaki ahli syurga senantiasa menghiasi harinya dengan dahaga berpuasa. Karena ia merasakan betapa sejuknya berpuasa di siang hari yang menyengat. Ia tidak melewatkan hari-harinya tanpa puasa. Ia tidak lupa menyisihkan uangnya untuk zakat. Karena ia tahu bahwa zakat adalah salah satu rukun islam. Siapa yang tidak menjalankan rukun islam berarti ia telah meruntuhkan islam itu sendiri. Ia tau bahwa kalifah pertama (Abu Bakar RA) pernah memerangi orang-orang yang tidak membayar zakat. Ia tidak ingin masuk “kebarisan” orang yang diperangi sahabat setia Nabi SAW ini.

5- Sentiasa menundukkan pandangan
Lelaki penghuni syurga tidak pernah mengumbar pandangan. Ia selalu menjaga pandangannya dari hal-hal yang diharamkan untuk dilihat oleh matanya. Ia percaya bahwa pandangan yang tidak terjaga akan membawanya ke dalam neraka Allah. Dan itu bukanlah hal yang diinginkannya karena ia adalah lelaki syurga.

6- Bersih aqidahnya, sehat rohaninya
Lelaki penghuni syurga bertauhid yang benar. Tidak pernah sakit aqidahnya. Tidak pernah menyekutukan Allah walaupun hanya dengan pergi ke dukun untuk bertanya sesuatu. Karena ia tau bahwa hal itu dibenci sekali oleh Tuhannya

7- Benar dalam ibadahnya

8- Jiwanya senantiasa bersungguh-sungguh

9- Mampu berusaha mencari nafkah
Lelaki ahli syurga selalu berusaha untuk mencari rezki yang halal untuk keluarganya. Tidak perna terlintas dalam pikirannya untuk meminta-minta apalagi mancari harta dengan cara yang haram. Ia tau bahwa rezki Allah itu luas, maka ia menjemputnya dengan cara yang halal. Ia tau keredhaan Allah bersama rezki yang halal dan kemurkaan Allah bersama rezki yang didapatkannya dengan cara haram.

10- Bermanfaat bagi orang lain

11- Senantiasa siap menolong

12- Selalu yakin akan setiap tindakannya

13- Berfikir positif dan membangun

14- Selalu menghindari perkara yang samar-samar (syubhat)

15- Rendah hati (tawadhu)
Lelaki penghuni syurga tidak pernah sombong dan membanggakan dirinya. Karena ia tau bahwa segala yang ada di dunia ini adalah milik Penciptanya. Untuk apa iya sombong dan membanggakan diri sedangkan ia tau bahwa sombong adalah pakaian Allah. Apakah pantas lelaki itu memakai pakaian Allah????

16- Pemaaf dan lapang dada
Lelaki penghuni syurga tidaklah seorang pendendam. Jika melakukan kesalahan ia meninta maaf, sedangkan jika orang lain melakukan kesalahan ia dengan kerelaan hati memaafkannya. Tidak pernah terbersit di dalam hatinya untuk menanam benih dendam walau sekalipun.

17- Bersikap keras dan tegas terhadap kekufuran

18- Efisien dalam memanfaatkan waktu
Lelaki penghuni syurga adalah orang yang rajin. Orang yang giat bekerja. Tidak pernah bermalas-malasan karena ia tau bahwa waktunya di dunia adalah sebentar. Sebentar sekali untuk mencari bekal akhiratnya. Oleh karena itu, ia berusaha memaksimalkan waktu yang sedikit itu dengan amal-amal nyata. Dan tidak pernah melalaikan waktunya walaupun sedetik dengan kesia-siaan.

19- Istiqomah dalam kebenaran
Lelaki penghuni syurga selalu berjalan dalam kebenaran. Tidak ada dalam pikiran maupun hatnya untuk melakukan kejahatan ataupun kebatilan. Karena ia tau bahwa hidupnya di dunia adalah hanya untuk Allah. Tidak ada kesempatan baginya untuk tidak berada di dalam kebenaran.

Jadilah lelaki ahli syurga, lelaki penghuni syurga, lelaki yang slalu dirindukan syurga dan dinantikan bidadari syurga yang tidak tergambarkan kecantikannya.

WAHYU TERAKHIR KEPADA RASULULLAH SAW

Diriwayatkan bahawa surah Al-Maaidah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar yaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan [Wada’]. Pada masa itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah s.a.w. tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan. Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan berkata:

“Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu.”

Setelah Malaikat Jibril a.s. pergi maka Rasulullah s.a.w. pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah. Setelah Rasulullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah s.a.w. pun menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril a.s.. Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata: ”Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempurna.”

Apabila Abu Bakar ra. mendengar keterangan Rasulullah s.a.w. itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra. menangis dari pagi hingga ke malam. Kisah tentang Abu Bakar ra. menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di depan rumah Abu Bakar ra. dan mereka berkata: “Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Seharusnya kamu merasa gembira sebab agama kita telah sempuma.” Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar ra. pun berkata, “Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesualu perkara itu telah sempuma maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ia menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah s.a.w.. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi janda.”

Selelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar ra. maka sadarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar ra., lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus memberitahu Rasulullah s.a.w. tentang apa yang mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para sahabat, “Ya Rasulullah s.a.w., kami baru kembali dari rumah Abu Bakar ra. dan kami dapati banyak orang menangis dengan suara yang kuat di depan rumah beliau.” Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah s.a.w. dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar ra.. Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di rumah Abu Bakar ra. maka Rasulullah s.a.w. melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya, “Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?.” Kemudian Ali ra. berkata, “YaRasulullah s.a.w., Abu Bakar ra. mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahwa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?.” Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: “Semua yang dikatakan oleh Abu Bakar ra. adalah benar, dan sesungguhnya waktu untuk aku meninggalkan kamu semua telah dekat”.

Setelah Abu Bakar ra. mendengar pengakuan Rasulullah s.a.w., maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pingsan. Sementara ‘Ukasyah ra. berkata kepada Rasulullah s.a.w., ‘Ya Rasulullah, waktu itu saya anda pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu apakah anda sengaja memukul saya atau hendak memukul unta baginda.” Rasulullah s.a.w. berkata: “Wahai ‘Ukasyah, Rasulullah s.a.w. sengaja memukul kamu.” Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal ra., “Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fathimah dan ambilkan tongkatku ke mari.” Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fathimah sambil meletakkan tangannya di atas kepala dengan berkata, “Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash].”

Setelah Bilal sampai di rumah Fathimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fathimah ra. menyahut dengan berkata: “Siapakah di pintu?.” Lalu Bilal ra. berkata: “Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. untuk mengambil tongkat beliau. “Kemudian Fathimah ra. berkata: “Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya.” Berkata Bilal ra.: “Wahai Fathimah, Rasulullah s.a.w.telah menyediakan dirinya untuk diqishash.” Bertanya Fathimah ra. lagi: “Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah s.a.w.?” Bilal ra. tidak menjawab pertanyaan Fathimah ra., Setelah Fathimah ra. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah s.a.w. Setelah Rasulullah s.a.w. menerima tongkat tersebut dari Bilal ra. maka beliau pun menyerahkan kepada ‘Ukasyah.

Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar ra. dan Umar ra. tampil ke depan sambil berkata: “Wahai ‘Ukasyah, janganlah kamu qishash Rasulullah s.a.w. tetapi kamu qishashlah kami berdua.” Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar kata-kata Abu Bakar ra. dan Umar ra. maka dengan segera beliau berkata: “Wahai Abu Bakar, Umar duduklah kamu berdua, sesungguhnya Allah s.w.t.telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua.” Kemudian Ali ra. bangun, lalu berkata, “Wahai ‘Ukasyah! Aku adalah orang yang senantiasa berada di samping Rasulullah s.a.w. oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah s.a.w.” Lalu Rasulullah s.a.w. berkata, “Wahai Ali duduklah kamu, sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu.” Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata: “Wahai ‘Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahwa kami ini adalah cucu Rasulullah s.a.w., kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash Rasulullah s.a.w.” Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah s.a.w. pun berkata, “Wahai buah hatiku duduklah kamu berdua.” Berkata Rasulullah s.a.w. “Wahai ‘Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul.”

Kemudian ‘Ukasyah berkata: “Ya Rasulullah s.a.w., anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju.” Maka Rasulullah s.a.w. pun membuka baju. Setelah Rasulullah s.a.w. membuka baju maka menangislah semua yang hadir. Setelah ‘Ukasyah melihat tubuh Rasulullah s.a.w. maka ia pun mencium beliau dan berkata, “Saya tebus anda dengan jiwa saya ya Rasulullah s.a.w., siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya ingin menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah s.w.t. dengan badan saya. Dan Allah s.w.t. menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu” Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata, “Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya.” Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata, “Wahai ‘Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah s.a.w. di dalam syurga.”

Apabila ajal Rasulullah s.a.w. makin dekat maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Aisyah ra. dan beliau berkata: “Selamat datang kamu semua semoga Allah s.w.t. mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah s.w.t. dan menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abbas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kamu kafanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kafanilah aku dengan kain Yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan aku. Pertama yang akan mensolatkan aku ialah Allah s.w.t., kemudian yang akan mensolat aku ialah Jibril a.s., kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir sekali malaikat lzrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk bergantian secara berkelompok bersolat ke atasku.”

Setelah para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata, “Ya Rasulullah s.a.w. anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penemuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?.” Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata, “Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah Al-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pelajaran dari mati.”

Setelah Rasulullah s.a.w. berkata demikian, maka sakit Rasulullah s.a.w. bermula. Dalam bulan safar Rasulullah s.a.w. sakit selama 18 hari dan sering diziaiahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah s.a.w. diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin. Pada hari Isnin penyakit Rasulullah s.a.w. bertambah berat, setelah Bilal ra. menyelesaikan azan subuh, maka Bilal ra. pun pergi ke rumah Rasulullah s.a.w.. Sesampainya Bilal ra. di rumah Rasulullah s.a.w. maka Bilal ra. pun memberi salam, “Assalaarnualaika ya Rasulullah.” Lalu dijawab oleh Fathimah ra., “Rasulullah s.a.w. masih sibuk dengan urusan beliau.” Setelah Bilal ra. mendengar penjelasan dari Fathimah ra. maka Bilal ra. pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fathimah ra. itu. Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah s.a.w. dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal ra. telah di dengar oleh Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. berkata, “Masuklah wahai Bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimamkan solat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir.” Setelah mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w. maka Bilal ra. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: “Aduh musibah.”

Setelah Bilal ra. sarnpai di masjid maka Bilal ra. pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah s.a.w. katakan kepadanya. Abu Bakar ra. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar ra. menangis sehingga ia jatuh pingsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah tangisan sahabat dalam masjid, sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Fathimah ra.; “Wahai Fathimah apakah yang telah berlaku?.” Maka Fathimah ra. pun berkata: “Kekecohan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke masjid.” Kemudian Rasulullah s.a.w. memanggil Ali ra. dan Fadhl bin Abas ra., lalu Rasulullah s.a.w. bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di masjid maka Rasulullah s.a.w. pun bersolat subuh bersama dengan para jemaah.

Setelah selesai solat subuh maka Rasulullah s.a.w. pun berkata, “Wahai kaum muslimin, kamu semua senantiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah s.w.t., oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia.” Setelah berkata demikian maka Rasulullah s.a.w. pun pulang ke rumah beliau. Kemudian Allah s.w.t. mewahyukan kepada malaikat lzrail a.s., “Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut ruhnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah terlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masuklah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak mengizinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaku.”

Setelah malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah s.w.t. maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di depan rumah Rasulullah s.a.w. maka ia pun memberi salam, “Assalaamu alaikum yaa ahla baitin nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu?” (Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya masuk?) Apabila Fathimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata; “Wahai hamba Allah, Rasulullah s.a.w. sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat.” Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Fathimah ra., “Wahai Fathimah, siapakah di depan pintu itu.” Maka Fathimah ra. pun berkata, “Ya Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggil mu, dan aku telah katakan kepadanya bahawa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga terasa menggigil badan saya.” Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata; “Wahai Fathimah, tahukah kamu siapakah orang itu?.” Jawab Fathimah, “Tidak ayah.” “Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan kubur.” Fathimah ra. tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis sepuas-puasnya. Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar tangisan Falimah ra. maka beliau pun berkata: “Janganlah kamu menangis wahai Fathimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku.” Kemudian Rasulullah s.a.w. pun mengizinkan malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap, “Assalamuaalaikum ya Rasulullah.” Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: “Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut ruhku?” Maka berkata malaikat lzrail: “Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut ruhmu, itupun kalau engkau izinkan, kalau engkau tidak izinkan maka aku akan kembali.” Berkata Rasulullah s.a.w., “Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?” Berkata lzrail: “Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, para malaikat sedang memuliakan dia.” Tidak beberapa lama kemudian Jibril a.s. pun turun dan duduk di dekat kepala Rasulullah s.a.w..

Apabila Rasulullah s.a.w. melihat kedatangan Jibril a.s. maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: “Wahai Jibril, tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat” Berkata Jibril a.s., “Ya aku tahu” Rasulullah s.a.w. bertanya lagi, “Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku disisi Allah s.w.t” Berkata Jibril a.s., “Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti ruhmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua bidadari sudah berhias menanti kehadiran ruhmu.” Berkata Rasulullah s.a.w.: “Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti.” Berkata Jibril a.s., “Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud,“Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga.”

Berkata Rasulullah s.a.w.: “Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku.” Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: “Wahai lzrail, mendekatlah kamu kepadaku.” Setelah itu Malaikat lzrail pun memulai tugasnya, apabila ruh beliau sampai pada pusat, maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: “Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati.” Jibrila.s. mengalihkan pandangan dari Rasulullah s.a.w. apabila mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril a.s. itu maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: “Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?” Jibril a.s. berkata: “Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?” Anas bin Malik ra. berkata: “Apabila ruh Rasulullah s.a.w. telah sampai di dada beliau telah bersabda,“Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga solat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu.”

Ali ra. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah s.a.w. berkata: “Umatku, umatku.” Telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahawa: “Malaikat Jibril a.s. telah berkata kepadaku; “Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan dari laut tersebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu.”

Dipetik dari http://anuar.blog.fke.utm.my.

PERMOHONAN SIKAYA DAN SIMISKIN

Nabi Musa a.s. memiliki ummat yang jumlahnya sangat banyak dan umur mereka panjang-panjang. Mereka ada yang kaya dan juga ada yang miskin. Suatu hari ada seorang yang miskin datang menghadap Nabi Musa a.s.. Ia begitu miskinnya pakaiannya compang-camping dan sangat lusuh berdebu. Si miskin itu kemudian berkata kepada Baginda Musa a.s., “Ya Nabiullah, Kalamullah, tolong sampaikan kepada Allah s.w.t. permohonanku ini agar Allah s.w.t. menjadikan aku orang yang kaya.” Nabi Musa a.s. tersenyum dan berkata kepada orang itu, “Saudaraku, banyak-banyaklah kamu bersyukur kepada Allah s.w.t.“. Si miskin itu agak terkejut dan kesal, lalu ia berkata, “Bagaimana aku mau banyak bersyukur, aku makan pun jarang, dan pakaian yang aku gunakan pun hanya satu lembar ini saja”!. Akhirnya si miskin itu pulang tanpa mendapatkan apa yang diinginkannya. Beberapa waktu kemudian seorang kaya datang menghadap Nabi Musa a.s.. Orang tersebut bersih badannya juga rapi pakaiannya. Ia berkata kepada Nabi Musa a.s., “Wahai Nabiullah, tolong sampaikan kepada Allah s.w.t. permohonanku ini agar dijadikannya aku ini seorang yang miskin, terkadang aku merasa terganggu dengan hartaku itu.” Nabi Musa a.s.pun tersenyum, lalu ia berkata, “Wahai saudaraku, janganlah kamu bersyukur kepada Allah s.w.t.“. “Ya Nabiullah, bagaimana aku tidak bersyukur kepada Allah s.w.t.?. Allah s.w.t. telah memberiku mata yang dengannya aku dapat melihat. telinga yang dengannya aku dapat mendengar. Allah s.w.t. telah memberiku tangan yang dengannya aku dapat bekerja dan telah memberiku kaki yang dengannya aku dapat berjalan, bagaimana mungkin aku tidak mensyukurinya”, jawab si kaya itu. Akhirnya si kaya itu pun pulang ke rumahnya. Kemudian terjadi adalah si kaya itu semakin Allah s.w.t. tambah kekayaannya kerana ia selalu bersyukur. Dan si miskin menjadi bertambah miskin. Allah s.w.t. mengambil semua kenikmatan-Nya sehingga si miskin itu tidak memiliki selembar pakaianpun yang melekat di tubuhnya. Ini semua kerana ia tidak mau bersyukur kepada Allah s.w.t.

Dipetik dari http://anuar.blog.fke.utm.my.