Rabu, 19 November 2008

pelayaran mengenal fungsi diri

Mencari-cari artikel yang best untuk dimuatkan dalam blog ni, aku terjumpa satu pesoalan yang aku rasa bukan orang dalam cerita ini saja atau abusaif tapi juga soalan yang sama ni sering berputar-putar dikotak pikiran aku dan suami. "Kita ni nak jadi apa ya?"

Nah, di sini, kupasan ustaz, betul2 menjawab persoalan yang bermain diminda cuma menanti kita saja yang menemukan jawapannya......

“Ustaz, sampai sekarang saya masih belum nampak saya ini sebenarnya Allah cipta untuk buat kerja apa?”, tanya Imad kepada saya, selepas Kuliah Maghrib di KTDI sebentar tadi.

“Maksudnya?”, saya cuba membantu Imad memperincikan soalannya.

“Saya sudah di hujung pengajian perubatan. Belum ada kepastian kelebihan dan kecenderungan saya di mana”, ujarnya.

Alhamdulillah. Imad yang ini bukan anak saya. Tetapi senama. Kebetulan yang menguja.

Alhamdulillah kerana buah fikiran yang saya kongsi sama ada melalui pertemuan di kolej, atau melalui tulisan yang saya lakar di saifulislam.com, Imad sudah dapat menangkap intipati mesej yang cuba saya sampaikan.

“Awak adalah orang kedua bertanyakan soalan ini kepada ustaz. Orang pertama adalah diri ustaz sendiri. Bertanya kepada diri sendiri soalan yang sama”, saya berkongsi cerita.

“Pertamanya izinkan diri untuk mengembara. Ustaz andaikan seperti sebuah kembara di lautan yang luas terbentang”, saya cuba beranalogi.

Imad dan Azhar yang menemani saya minum, terus mendengar.

Mencari jawapan kepada soalan, “saya hidup ini untuk buat kerja apa” … adalah suatu pelayaran di lautan yang luas. Jawapan kepada soalan itu memang luas.

Ya, menjadi seorang doktor… itulah karier yang menanti seorang pelajar perubatan. Tetapi lautan itu masih luas.

Doktor apa? Mahu ke medical atau surgery? Lautannya masih luas.

Itu kalau saya kecilkan soalan kepada kerjaya. Tetapi jika dibesarkan kepada soal menjadi khalifah Allah… khalifah yang bagaimana… maka lautan itu akan terus melebar.

“Habis,bila nak nampak daratannya ustaz?”, tanya Imad lagi.

“Itulah persoalannya”, tepat sekali soalan Imad kepada saya.

Jika kita berhenti berlayar, dan memilih untuk menjadi pulau kecil di tengah lautan, maka di situlah berakhirnya persoalan “hidup untuk apa” itu tadi.

MEMILIH HIDUP YANG TIDAK BERMAKNA

Melukut di tepi gantang, kata orang Melayu. Hadirnya tidak dirasai, perginya tidak disedari. Sungguh tidak bermakna. Sebutir pulau di tengah lautan bererti cukup sahaja dengan apa yang ada.

Minum air masin, tak apa. Eloklah… daripada tak ada air langsung. Makan ikan sahaja, tak apa. Eloklah… daripada tak ada makanan langsung.

Orang yang malas belayar dan mengambil keputusan untuk bercukup dengan apa yang ada, tidak akan dapat menjawab soalan “apa peranan sebenar saya hidup di dunia ini”.

Kalau seorang doktor, mungkin sehingga jadi chronic MO! Peningkatan diri hanya sekadar pada peningkatan tangga gaji kerana bertambahnya tahun perkhidmatan dengan sedikit kelulusan kursus-kursus induksi.

Tiada pengkhususan dan tidak berjaya untuk tersendiri, kerana berpada dengan apa yang ada. Berhenti belayar dan mencipta daratan sendiri, biar pun hanya sekangkang kera.

Maka kita kena terus belayar… hingga nampak daratan. Pelbagai daratan. Singgahlah di daratan itu, satu demi satu, ketahui realitinya dan bukan hanya memandang pantai dari jauh.

sail.jpg

BELAYAR LAJU DAN HINGGA KETEMU

Kuncinya ialah, belayarlah selaju mungkin agar cepat melihat daratan, agar banyak melihat daratan, agar boleh menggunakan masa untuk turun ke daratan demi daratan, dan akhirnya memilih daratan terbaik untuk tercampak ke darat menjadi gunung.

Dalam hidup ini, buat apa pun, buat yang terbaik. Terokai habis-habisan setiap peluang yang ada. Ia seumpama belayar biar sampai jumpa daratan. Beranikan diri turun ke pantai dan ketahui realiti sebenar di pantai itu.

Dengan syarat, anda belayar laju dan optimum. Agar jangan lengah tiba ke satu daratan, kerana mungkin ada beberapa daratan lagi yang perlu dicuba.

“Ustaz harap awak tidak pening dengan analogi tadi”, saya tersenyum.

“Saya faham apa yang ustaz maksudkan. Kalau kita buat attachment contohnya, jika belajar sambil lewa, kita pun tak pasti kita berpotensi atau tidak di bidang itu. Kecuali kita buat habis-habisan, barulah kita tahu bidang itu adalah bidang kita atau tidak”, Imad cuba menyimpulkan analogi saya.

“Benar. Jika memang bidang kita, segeralah bercucuk tanam dan memakmurkan daratan kita itu. Jika bukan bidang kita, jangan berlengah untuk terus belayar dan mencuba daratan-daratan yang lain”, saya menambah.

PELAYARAN SAYA

Saya sendiri, sudah mencuba pelbagai jenis pekerjaan. Bekerja sebagai Imam, cikgu sekolah, Pengetua, Chaplain di hospital, penjara dan universiti, motivator, ustaz, ahli sejarah, cenderung kepada pelajar, cenderung kepada pekerja, cenderung kepada menyokong moral pesakit… pelbagai daratan sudah saya singgah.

Dan di setiap daratan itu saya berikan sepenuh keupayaan untuk menguji bakat, keserasian, minat dan kebolehan. Akhirnya pilihan yang pelbagai itu akan mula menonjolkan diri kita yang sebenarnya.

BAKAT SAHAJA TIDAK CUKUP

Dalam pelayaran mengenal fungsi diri, adakalanya kita ditipu oleh pujian bahawa kita berbakat dalam satu-satu kerja yang kita buat, dek satu dua kejayaan yang terhasil. Kita sangkakan bakat itulah penentu kepada tempat sauh dilabuh. Sedangkan bakat semata-mata, tidak pernah memadai. Ia hanya sebahagian daripada jawapan kita dalam pelayaran mengenal fungsi diri.

Bakat memerlukan kekuatan pada kepercayaan dan keyakinan diri.

Bakat juga berhajat kepada inisiatif untuk menjadi aktif.

Bakat perlu mendambakan fokus diri agar ia terarah.

Bakat juga memerlukan perancangan dan persiapan untuk ia mengambil posisi.

Bakat sangat memerlukan latihan untuk menajamkannya.

Bakat juga amat memerlukan istiqamah untuk terus menghidupkannya.

Bakat hanya akan terpelihara dan terus berguna apabila SIKAP yang betul mengiringinya.

Itulah pesanan John C. Maxwell di dalam bukunya “TALENT IS NEVER ENOUGH” yang amat saya galakkan buat kita semua membacanya.

Mudah-mudahan di hujung percubaan demi percubaan itu, saya, Imad dan kita semua akan bertemu dengan keunikan dan keistimewaan diri sebagai gelanggang kita yang tersendiri… khalifah Allah di muka bumi.

Allah tidak menciptakan manusia ada yang pandai ada yang bodoh. Tetapi Allah mencipta kita semua berbeza kepandaian. Carilah keistimewaan diri masing-masing

Allah tidak menciptakan manusia ada yang pandai ada yang bodoh. Tetapi Allah mencipta kita semua berbeza kepandaian. Carilah keistimewaan diri masing-masing pada kata kunci yang mudah…

Buat apa sahaja, biar sehabis baik!

dipetik dari: ABU SAIF @ www.saifulislam.com

delete entry boooring

hmm...bila jiwa kosong terasa nak bagitau seisi alam, betapa sunyinya kita. tapi, bila terbaca satu keratan yang mengatakan orang Islam tak patut ada istilah boring, bosan, sakit hati dsb, aku ternampak diri aku dengan keadaan yang macam tu. jadi, aku buang entry boring tu sebab aku tak mahu lagi jadi macam tu. aku ada kerja lain yang aku kena buat. ada kerja jadi tak patutla boring kan? kalau hati penuh dengan nama Dia, inagatn pada dia dan kekasihNya, mesti jiwa kita tak bosan dan keluh kesah lagi kan? aku harap sangat dapat capai tahap tu. sebab tula perjalanan ini kunamakan perjalanan menuju fitrah. DOAKAN SAMA YA................aminnn.......

firmanNYA yang bermaksud

Firman Allah,

yang maksudnya:

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan solat serta memberi zakat, juga taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana [al-Taubah 9: 71]

ini aku petik dari artikel abusaif yang bertajuk "ANTARA PEDULI DAN PEDULI APA". Artikel ini sangat menarik (rasanya artikel-artikel tulisan abusaif memang aku rasa menarik). Katanya dalam artikel tu,

"ISLAM AGAMA PEDULI. Memang Islam agama peduli. Agama ambil tahu.

Allah SWT tidak jadikan manusia ini berdiri tunggal tidak berhajat kepada manusia lain. Lahirnya, tali pusat dipotong orang. Matinya pun, dikafan dan dihantar ke kubur oleh orang lain. Jangan sombong menyebut “kubur masing-masing”. Nanti diherdik orang suruh ke kubur sendiri dan kambus sendiri selepas mati!

Oleh kerana kita punya banyak hajat pada bantuan dan hasil kerja orang lain, maka Allah pikulkan tanggungjawab untuk membalasnya. Ada give and take.

Islam adalah agama yang mengajar kita berdamping dengan matlamat, dengan tujuan. Justeru setiap amalan bermula dengan mempersoal serta menetapkan niat. Kerana niat, Tahassus boleh berubah menjadi Tajassus.

Tahassus itu adalah perbuatan mengambil tahu, menyelidik dan menyiasat untuk tujuan yang baik. Manakala Tajassus pula adalah perbuatan menyelidik, menyelak-nyelak dan mencari-cari kesalahan serta kelemahan orang lain dengan tujuan yang jahat.

Namun Islam melarang perbuatan yang sama, andai motifnya bukan untuk suatu kebajikan. Sama ada berniat jahat, atau sekadar tanpa sebarang niat, kedua-duanya adalah mungkar. Justeru Allah SWT memberi amaran:

“… Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan serta keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain” [al-Hujuraat 49: 12]

Nabi Sallallaahu ‘alayhi wa sallam juga memberi peringatan lanjutan:

Dan janganlah kamu memutuskan (silaturahim), janganlah merancang kejahatan sesama kamu, janganlah benci membenci dan jangan saling berhasad. Jadilah kamu wahai hamba-hamba Allah bersaudara. Tidak halal bagi seorang muslim meninggalkan saudaranya lebih dari tiga (hari)”

Jika anda seorang Muslim, dan peduli pada kualiti Islam yang ada pada diri, maka peganglah hadith ini:

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu beliau berkata, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda: Di antara tanda eloknya Islam seorang itu ialah pada perbuatannya meninggalkan apa-apa yang tidak berkenaan dengan dirinya) Hadith Hasan diriwayatkan oleh al-Tirmidhi dan lain-lain

Dalam suasana perlunya kita mengambil berat dan PEDULI antara satu sama lain, belajar-belajarlah untuk sesekali membalas gosip dengan berkata, “PEDULI APA!”

Hmm...mcm terkena sikit pda batang hidung sendiri. sedikitla...sebab nak sibuk hal artis, dah lam tak tengok melodi atau TV tapi yang sikit tu adalah sebab sibuk hal orang sekeliling. Janganla yang sikit tu buat aku rugi. Nauzubillah...




Jumaat, 14 November 2008

Can't Smile Without You

I dedicate this song nyanyian Barry Manilow to my beloved hubby. Thanks for everything.....

You know I can't smile without you
I can't smile without you
I can't laugh and I can't sing

I'm finding it hard to do anything
You see I feel sad when you're sad
I feel glad when you're glad

If you only knew what I'm going through

I just can't smile without you
You came along just like a song

And brightened my day
Who would have believed that you were part of a dream

Now it all seems light years away

And now you know I can't smile without you
I can't smile without you

I can't laugh and I can't sing
I'm finding it hard to do anything

You see I feel sad when you're sad

I feel glad when you're glad
If you only knew what I'm going through

I just can't smile
Now some people say happiness takes so very long to find

Well, I'm finding it hard leaving your love behind me
And you see I can't smile without you
I can't smile without you
I can't laugh and I can't sing

I'm finding it hard to do anything
You see I feel glad when you're glad

I feel sad when you're sad

If you only knew what I'm going through
I just can't smile without you





PELITA HIDUP


Hidup ini bagai lampu dinding
Yang dinyalakan di malam hari
Apabila minyak sudah kering
Ia kan pasti padam sendiri

Demikian hidup manusia
Selama hidup di dunia ini
Bila dah cukup umur usia
Putuslah hubungan di sana sini

Setelah kita tinggalkan dunia
Alam yang lain pula menanti
Apakah kita dapat kurnia
Itu melihat amal dan bakti

Di sana insan cemas dan bimbang
Tak dapat lagi buat alasan
Buruk dan baik akan ditimbang
Kedua-duanya dapat balasan

Rabu, 5 November 2008

19 KRITERIA LELAKI AHLI SYURGA

Bagi laki-laki yang slalu merindukan akan syurga Allah, inilah beberapa kriteria untuk menjadi lelaki penghuni syurga yang bernaung segala kenikmatan yang tidak pernah terbayangkan sebelumnya.


1- Khusyu dalam shalatnya
Lelaki ahli syurga tidak pernah menyia-nyiakan shalatnya dengan ketidakkhusyuan. Ia tidak ingin ketika berkomunikasi dengan Penciptanya ada gangguan yang membuat tidak optimal berkomunikasi.

2- Menjauhkan diri dari perbuatan dan perkara yang tidak berguna
Lelaki penghuni syurga selalu menjauhi perkara yang tidak berguna. Ia menghindari hura-hura dan kegiatan yang tidak bermanfaat. Tidak pernah menghayal dan bermenung sehingga waktunya berlalu sia-sia.

3- Menjaga farajnya (kemaluannya) kecuali pada istrinya
Lelaki penghuni syurga senantiasa menjaga harga diri dan kemaluaanya sehingga ia dapat mempersembahkan yang terbaik untuk istrinya kelak. Ia tidak tergesa dan ceroboh sehingga masuk ke dalam perzinaan baik itu secara fisik maupun batin. Karena ia tau bahwa zina itu tidak hanya secara fisik tapi juga batin. Ia sadar bahwa dirinya harus dipersembahkan sebaik-baiknya bagi istrinya kelak. Karena istrinya memiliki hak terhadap dirinya.

4- Ahli saum dan selalu menunaikan zakat
Lelaki ahli syurga senantiasa menghiasi harinya dengan dahaga berpuasa. Karena ia merasakan betapa sejuknya berpuasa di siang hari yang menyengat. Ia tidak melewatkan hari-harinya tanpa puasa. Ia tidak lupa menyisihkan uangnya untuk zakat. Karena ia tahu bahwa zakat adalah salah satu rukun islam. Siapa yang tidak menjalankan rukun islam berarti ia telah meruntuhkan islam itu sendiri. Ia tau bahwa kalifah pertama (Abu Bakar RA) pernah memerangi orang-orang yang tidak membayar zakat. Ia tidak ingin masuk “kebarisan” orang yang diperangi sahabat setia Nabi SAW ini.

5- Sentiasa menundukkan pandangan
Lelaki penghuni syurga tidak pernah mengumbar pandangan. Ia selalu menjaga pandangannya dari hal-hal yang diharamkan untuk dilihat oleh matanya. Ia percaya bahwa pandangan yang tidak terjaga akan membawanya ke dalam neraka Allah. Dan itu bukanlah hal yang diinginkannya karena ia adalah lelaki syurga.

6- Bersih aqidahnya, sehat rohaninya
Lelaki penghuni syurga bertauhid yang benar. Tidak pernah sakit aqidahnya. Tidak pernah menyekutukan Allah walaupun hanya dengan pergi ke dukun untuk bertanya sesuatu. Karena ia tau bahwa hal itu dibenci sekali oleh Tuhannya

7- Benar dalam ibadahnya

8- Jiwanya senantiasa bersungguh-sungguh

9- Mampu berusaha mencari nafkah
Lelaki ahli syurga selalu berusaha untuk mencari rezki yang halal untuk keluarganya. Tidak perna terlintas dalam pikirannya untuk meminta-minta apalagi mancari harta dengan cara yang haram. Ia tau bahwa rezki Allah itu luas, maka ia menjemputnya dengan cara yang halal. Ia tau keredhaan Allah bersama rezki yang halal dan kemurkaan Allah bersama rezki yang didapatkannya dengan cara haram.

10- Bermanfaat bagi orang lain

11- Senantiasa siap menolong

12- Selalu yakin akan setiap tindakannya

13- Berfikir positif dan membangun

14- Selalu menghindari perkara yang samar-samar (syubhat)

15- Rendah hati (tawadhu)
Lelaki penghuni syurga tidak pernah sombong dan membanggakan dirinya. Karena ia tau bahwa segala yang ada di dunia ini adalah milik Penciptanya. Untuk apa iya sombong dan membanggakan diri sedangkan ia tau bahwa sombong adalah pakaian Allah. Apakah pantas lelaki itu memakai pakaian Allah????

16- Pemaaf dan lapang dada
Lelaki penghuni syurga tidaklah seorang pendendam. Jika melakukan kesalahan ia meninta maaf, sedangkan jika orang lain melakukan kesalahan ia dengan kerelaan hati memaafkannya. Tidak pernah terbersit di dalam hatinya untuk menanam benih dendam walau sekalipun.

17- Bersikap keras dan tegas terhadap kekufuran

18- Efisien dalam memanfaatkan waktu
Lelaki penghuni syurga adalah orang yang rajin. Orang yang giat bekerja. Tidak pernah bermalas-malasan karena ia tau bahwa waktunya di dunia adalah sebentar. Sebentar sekali untuk mencari bekal akhiratnya. Oleh karena itu, ia berusaha memaksimalkan waktu yang sedikit itu dengan amal-amal nyata. Dan tidak pernah melalaikan waktunya walaupun sedetik dengan kesia-siaan.

19- Istiqomah dalam kebenaran
Lelaki penghuni syurga selalu berjalan dalam kebenaran. Tidak ada dalam pikiran maupun hatnya untuk melakukan kejahatan ataupun kebatilan. Karena ia tau bahwa hidupnya di dunia adalah hanya untuk Allah. Tidak ada kesempatan baginya untuk tidak berada di dalam kebenaran.

Jadilah lelaki ahli syurga, lelaki penghuni syurga, lelaki yang slalu dirindukan syurga dan dinantikan bidadari syurga yang tidak tergambarkan kecantikannya.

WAHYU TERAKHIR KEPADA RASULULLAH SAW

Diriwayatkan bahawa surah Al-Maaidah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar yaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan [Wada’]. Pada masa itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah s.a.w. tidak begitu jelas penerimaannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersandar pada unta beliau, dan unta beliau pun duduk perlahan-lahan. Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan berkata:

“Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu.”

Setelah Malaikat Jibril a.s. pergi maka Rasulullah s.a.w. pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah. Setelah Rasulullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah s.a.w. pun menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril a.s.. Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata: ”Agama kita telah sempurna. Agama kila telah sempurna.”

Apabila Abu Bakar ra. mendengar keterangan Rasulullah s.a.w. itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar ra. menangis dari pagi hingga ke malam. Kisah tentang Abu Bakar ra. menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di depan rumah Abu Bakar ra. dan mereka berkata: “Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Seharusnya kamu merasa gembira sebab agama kita telah sempuma.” Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar ra. pun berkata, “Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesualu perkara itu telah sempuma maka akan kelihatanlah akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ia menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah s.a.w.. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi janda.”

Selelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar ra. maka sadarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar ra., lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengar oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus memberitahu Rasulullah s.a.w. tentang apa yang mereka lihat itu. Berkata salah seorang dari para sahabat, “Ya Rasulullah s.a.w., kami baru kembali dari rumah Abu Bakar ra. dan kami dapati banyak orang menangis dengan suara yang kuat di depan rumah beliau.” Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah muka Rasulullah s.a.w. dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar ra.. Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di rumah Abu Bakar ra. maka Rasulullah s.a.w. melihat kesemua mereka yang menangis dan bertanya, “Wahai para sahabatku, kenapakah kamu semua menangis?.” Kemudian Ali ra. berkata, “YaRasulullah s.a.w., Abu Bakar ra. mengatakan dengan turunnya ayat ini membawa tanda bahwa waktu wafatmu telah dekat. Adakah ini benar ya Rasulullah?.” Lalu Rasulullah s.a.w. berkata: “Semua yang dikatakan oleh Abu Bakar ra. adalah benar, dan sesungguhnya waktu untuk aku meninggalkan kamu semua telah dekat”.

Setelah Abu Bakar ra. mendengar pengakuan Rasulullah s.a.w., maka ia pun menangis sekuat tenaganya sehingga ia jatuh pingsan. Sementara ‘Ukasyah ra. berkata kepada Rasulullah s.a.w., ‘Ya Rasulullah, waktu itu saya anda pukul pada tulang rusuk saya. Oleh itu saya hendak tahu apakah anda sengaja memukul saya atau hendak memukul unta baginda.” Rasulullah s.a.w. berkata: “Wahai ‘Ukasyah, Rasulullah s.a.w. sengaja memukul kamu.” Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata kepada Bilal ra., “Wahai Bilal, kamu pergi ke rumah Fathimah dan ambilkan tongkatku ke mari.” Bilal keluar dari masjid menuju ke rumah Fathimah sambil meletakkan tangannya di atas kepala dengan berkata, “Rasulullah telah menyediakan dirinya untuk dibalas [diqishash].”

Setelah Bilal sampai di rumah Fathimah maka Bilal pun memberi salam dan mengetuk pintu. Kemudian Fathimah ra. menyahut dengan berkata: “Siapakah di pintu?.” Lalu Bilal ra. berkata: “Saya Bilal, saya telah diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. untuk mengambil tongkat beliau. “Kemudian Fathimah ra. berkata: “Wahai Bilal, untuk apa ayahku minta tongkatnya.” Berkata Bilal ra.: “Wahai Fathimah, Rasulullah s.a.w.telah menyediakan dirinya untuk diqishash.” Bertanya Fathimah ra. lagi: “Wahai Bilal, siapakah manusia yang sampai hatinya untuk menqishash Rasulullah s.a.w.?” Bilal ra. tidak menjawab pertanyaan Fathimah ra., Setelah Fathimah ra. memberikan tongkat tersebut, maka Bilal pun membawa tongkat itu kepada Rasulullah s.a.w. Setelah Rasulullah s.a.w. menerima tongkat tersebut dari Bilal ra. maka beliau pun menyerahkan kepada ‘Ukasyah.

Melihatkan hal yang demikian maka Abu Bakar ra. dan Umar ra. tampil ke depan sambil berkata: “Wahai ‘Ukasyah, janganlah kamu qishash Rasulullah s.a.w. tetapi kamu qishashlah kami berdua.” Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar kata-kata Abu Bakar ra. dan Umar ra. maka dengan segera beliau berkata: “Wahai Abu Bakar, Umar duduklah kamu berdua, sesungguhnya Allah s.w.t.telah menetapkan tempatnya untuk kamu berdua.” Kemudian Ali ra. bangun, lalu berkata, “Wahai ‘Ukasyah! Aku adalah orang yang senantiasa berada di samping Rasulullah s.a.w. oleh itu kamu pukullah aku dan janganlah kamu menqishash Rasulullah s.a.w.” Lalu Rasulullah s.a.w. berkata, “Wahai Ali duduklah kamu, sesungguhnya Allah s.w.t. telah menetapkan tempatmu dan mengetahui isi hatimu.” Setelah itu Hasan dan Husin bangun dengan berkata: “Wahai ‘Ukasyah, bukankah kamu tidak tahu bahwa kami ini adalah cucu Rasulullah s.a.w., kalau kamu menqishash kami sama dengan kamu menqishash Rasulullah s.a.w.” Mendengar kata-kata cucunya Rasulullah s.a.w. pun berkata, “Wahai buah hatiku duduklah kamu berdua.” Berkata Rasulullah s.a.w. “Wahai ‘Ukasyah pukullah saya kalau kamu hendak memukul.”

Kemudian ‘Ukasyah berkata: “Ya Rasulullah s.a.w., anda telah memukul saya sewaktu saya tidak memakai baju.” Maka Rasulullah s.a.w. pun membuka baju. Setelah Rasulullah s.a.w. membuka baju maka menangislah semua yang hadir. Setelah ‘Ukasyah melihat tubuh Rasulullah s.a.w. maka ia pun mencium beliau dan berkata, “Saya tebus anda dengan jiwa saya ya Rasulullah s.a.w., siapakah yang sanggup memukul anda. Saya melakukan begini adalah sebab saya ingin menyentuh badan anda yang dimuliakan oleh Allah s.w.t. dengan badan saya. Dan Allah s.w.t. menjaga saya dari neraka dengan kehormatanmu” Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata, “Dengarlah kamu sekalian, sekiranya kamu hendak melihat ahli syurga, inilah orangnya.” Kemudian semua para jemaah bersalam-salaman atas kegembiraan mereka terhadap peristiwa yang sangat genting itu. Setelah itu para jemaah pun berkata, “Wahai ‘Ukasyah, inilah keuntungan yang paling besar bagimu, engkau telah memperolehi darjat yang tinggi dan bertemankan Rasulullah s.a.w. di dalam syurga.”

Apabila ajal Rasulullah s.a.w. makin dekat maka beliau pun memanggil para sahabat ke rumah Aisyah ra. dan beliau berkata: “Selamat datang kamu semua semoga Allah s.w.t. mengasihi kamu semua, saya berwasiat kepada kamu semua agar kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan mentaati segala perintahnya. Sesungguhnya hari perpisahan antara saya dengan kamu semua hampir dekat, dan dekat pula saat kembalinya seorang hamba kepada Allah s.w.t. dan menempatkannya di syurga. Kalau telah sampai ajalku maka hendaklah Ali yang memandikanku, Fadhl bin Abbas hendaklah menuangkan air dan Usamah bin Zaid hendaklah menolong keduanya. Setelah itu kamu kafanilah aku dengan pakaianku sendiri apabila kamu semua menghendaki, atau kafanilah aku dengan kain Yaman yang putih. Apabila kamu memandikan aku, maka hendaklah kamu letakkan aku di atas balai tempat tidurku dalam rumahku ini. Setelah itu kamu semua keluarlah sebentar meninggalkan aku. Pertama yang akan mensolatkan aku ialah Allah s.w.t., kemudian yang akan mensolat aku ialah Jibril a.s., kemudian diikuti oleh malaikat Israfil, malaikat Mikail, dan yang akhir sekali malaikat lzrail berserta dengan semua para pembantunya. Setelah itu baru kamu semua masuk bergantian secara berkelompok bersolat ke atasku.”

Setelah para sahabat mendengar ucapan yang sungguh menyayat hati itu maka mereka pun menangis dengan nada yang keras dan berkata, “Ya Rasulullah s.a.w. anda adalah seorang Rasul yang diutus kepada kami dan untuk semua, yang mana selama ini anda memberi kekuatan dalam penemuan kami dan sebagai penguasa yang menguruskan perkara kami. Apabila anda sudah tiada nanti kepada siapakah akan kami tanya setiap persoalan yang timbul nanti?.” Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata, “Dengarlah para sahabatku, aku tinggalkan kepada kamu semua jalan yang benar dan jalan yang terang, dan telah aku tinggalkan kepada kamu semua dua penasihat yang satu daripadanya pandai bicara dan yang satu lagi diam sahaja. Yang pandai bicara itu ialah Al-Quran dan yang diam itu ialah maut. Apabila ada sesuatu persoalan yang rumit di antara kamu, maka hendaklah kamu semua kembali kepada Al-Quran dan Hadis-ku dan sekiranya hati kamu itu berkeras maka lembutkan dia dengan mengambil pelajaran dari mati.”

Setelah Rasulullah s.a.w. berkata demikian, maka sakit Rasulullah s.a.w. bermula. Dalam bulan safar Rasulullah s.a.w. sakit selama 18 hari dan sering diziaiahi oleh para sahabat. Dalam sebuah kitab diterangkan bahawa Rasulullah s.a.w. diutus pada hari Isnin dan wafat pada hari Isnin. Pada hari Isnin penyakit Rasulullah s.a.w. bertambah berat, setelah Bilal ra. menyelesaikan azan subuh, maka Bilal ra. pun pergi ke rumah Rasulullah s.a.w.. Sesampainya Bilal ra. di rumah Rasulullah s.a.w. maka Bilal ra. pun memberi salam, “Assalaarnualaika ya Rasulullah.” Lalu dijawab oleh Fathimah ra., “Rasulullah s.a.w. masih sibuk dengan urusan beliau.” Setelah Bilal ra. mendengar penjelasan dari Fathimah ra. maka Bilal ra. pun kembali ke masjid tanpa memahami kata-kata Fathimah ra. itu. Apabila waktu subuh hampir hendak lupus, lalu Bilal pergi sekali lagi ke rumah Rasulullah s.a.w. dan memberi salam seperti permulaan tadi, kali ini salam Bilal ra. telah di dengar oleh Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. berkata, “Masuklah wahai Bilal, sesungguhnya penyakitku ini semakin berat, oleh itu kamu suruhlah Abu Bakar mengimamkan solat subuh berjemaah dengan mereka yang hadir.” Setelah mendengar kata-kata Rasulullah s.a.w. maka Bilal ra. pun berjalan menuju ke masjid sambil meletakkan tangan di atas kepala dengan berkata: “Aduh musibah.”

Setelah Bilal ra. sarnpai di masjid maka Bilal ra. pun memberitahu Abu Bakar tentang apa yang telah Rasulullah s.a.w. katakan kepadanya. Abu Bakar ra. tidak dapat menahan dirinya apabila ia melihat mimbar kosong maka dengan suara yang keras Abu Bakar ra. menangis sehingga ia jatuh pingsan. Melihatkan peristiwa ini maka riuh rendah tangisan sahabat dalam masjid, sehingga Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Fathimah ra.; “Wahai Fathimah apakah yang telah berlaku?.” Maka Fathimah ra. pun berkata: “Kekecohan kaum muslimin, sebab anda tidak pergi ke masjid.” Kemudian Rasulullah s.a.w. memanggil Ali ra. dan Fadhl bin Abas ra., lalu Rasulullah s.a.w. bersandar kepada kedua mereka dan terus pergi ke masjid. Setelah Rasulullah s.a.w. sampai di masjid maka Rasulullah s.a.w. pun bersolat subuh bersama dengan para jemaah.

Setelah selesai solat subuh maka Rasulullah s.a.w. pun berkata, “Wahai kaum muslimin, kamu semua senantiasa dalam pertolongan dan pemeliharaan Allah s.w.t., oleh itu hendaklah kamu semua bertaqwa kepada Allah s.w.t. dan mengerjakan segala perintahnya. Sesungguhnya aku akan meninggalkan dunia ini dan kamu semua, dan hari ini adalah hari pertama aku di akhirat dan hari terakhir aku di dunia.” Setelah berkata demikian maka Rasulullah s.a.w. pun pulang ke rumah beliau. Kemudian Allah s.w.t. mewahyukan kepada malaikat lzrail a.s., “Wahai lzrail, pergilah kamu kepada kekasihku dengan sebaik-baik rupa, dan apabila kamu hendak mencabut ruhnya maka hendaklah kamu melakukan dengan cara yang paling lembut sekali. Apabila kamu pergi ke rumahnya maka minta izinlah terlebih dahulu, kalau ia izinkan kamu masuk, maka masuklah kamu ke rumahnya dan kalau ia tidak mengizinkan kamu masuk maka hendaklah kamu kembali padaku.”

Setelah malaikat lzrail mendapat perintah dari Allah s.w.t. maka malaikal lzrail pun turun dengan menyerupai orang Arab Badwi. Setelah malaikat lzrail sampai di depan rumah Rasulullah s.a.w. maka ia pun memberi salam, “Assalaamu alaikum yaa ahla baitin nubuwwati wa ma danir risaalati a adkhulu?” (Mudah-mudahan keselamatan tetap untuk kamu semua sekalian, wahai penghuni rumah nabi dan sumber risaalah, bolehkan saya masuk?) Apabila Fathimah mendengar orang memberi salam maka ia-pun berkata; “Wahai hamba Allah, Rasulullah s.a.w. sedang sibuk sebab sakitnya yang semakin berat.” Kemudian malaikat lzrail berkata lagi seperti dipermulaannya, dan kali ini seruan malaikat itu telah didengar oleh Rasulullah s.a.w. dan Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Fathimah ra., “Wahai Fathimah, siapakah di depan pintu itu.” Maka Fathimah ra. pun berkata, “Ya Rasulullah, ada seorang Arab badwi memanggil mu, dan aku telah katakan kepadanya bahawa anda sedang sibuk sebab sakit, sebaliknya dia memandang saya dengan tajam sehingga terasa menggigil badan saya.” Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata; “Wahai Fathimah, tahukah kamu siapakah orang itu?.” Jawab Fathimah, “Tidak ayah.” “Dia adalah malaikat lzrail, malaikat yang akan memutuskan segala macam nafsu syahwat yang memisahkan perkumpulan-perkumpulan dan yang memusnahkan semua rumah serta meramaikan kubur.” Fathimah ra. tidak dapat menahan air matanya lagi setelah mengetahui bahawa saat perpisahan dengan ayahandanya akan berakhir, dia menangis sepuas-puasnya. Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar tangisan Falimah ra. maka beliau pun berkata: “Janganlah kamu menangis wahai Fathimah, engkaulah orang yang pertama dalam keluargaku akan bertemu dengan aku.” Kemudian Rasulullah s.a.w. pun mengizinkan malaikat lzrail masuk. Maka malaikat lzrail pun masuk dengan mengucap, “Assalamuaalaikum ya Rasulullah.” Lalu Rasulullah s.a.w. menjawab: “Wa alaikas saalamu, wahai lzrail engkau datang menziarahi aku atau untuk mencabut ruhku?” Maka berkata malaikat lzrail: “Kedatangan saya adalah untuk menziarahimu dan untuk mencabut ruhmu, itupun kalau engkau izinkan, kalau engkau tidak izinkan maka aku akan kembali.” Berkata Rasulullah s.a.w., “Wahai lzrail, di manakah kamu tinggalkan Jibril?” Berkata lzrail: “Saya tinggalkan Jibril di langit dunia, para malaikat sedang memuliakan dia.” Tidak beberapa lama kemudian Jibril a.s. pun turun dan duduk di dekat kepala Rasulullah s.a.w..

Apabila Rasulullah s.a.w. melihat kedatangan Jibril a.s. maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: “Wahai Jibril, tahukah kamu bahawa ajalku sudah dekat” Berkata Jibril a.s., “Ya aku tahu” Rasulullah s.a.w. bertanya lagi, “Wahai Jibril, beritahu kepadaku kemuliaan yang menggembirakan aku disisi Allah s.w.t” Berkata Jibril a.s., “Sesungguhnya semua pintu langit telah dibuka, para malaikat bersusun rapi menanti ruhmu dilangit. Kesemua pintu-pintu syurga telah dibuka, dan kesemua bidadari sudah berhias menanti kehadiran ruhmu.” Berkata Rasulullah s.a.w.: “Alhamdulillah, sekarang kamu katakan pula tentang umatku di hari kiamat nanti.” Berkata Jibril a.s., “Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud,“Sesungguhnya aku telah melarang semua para nabi masuk ke dalam syurga sebelum engkau masuk terlebih dahulu, dan aku juga melarang semua umat memasuki syurga sebelum umatmu memasuki syurga.”

Berkata Rasulullah s.a.w.: “Sekarang aku telah puas hati dan telah hilang rasa susahku.” Kemudian Rasulullah s.a.w. berkata: “Wahai lzrail, mendekatlah kamu kepadaku.” Setelah itu Malaikat lzrail pun memulai tugasnya, apabila ruh beliau sampai pada pusat, maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: “Wahai Jibril, alangkah dahsyatnya rasa mati.” Jibrila.s. mengalihkan pandangan dari Rasulullah s.a.w. apabila mendengar kata-kata beliau itu. Melihatkan telatah Jibril a.s. itu maka Rasulullah s.a.w. pun berkata: “Wahai Jibril, apakah kamu tidak suka melihat wajahku?” Jibril a.s. berkata: “Wahai kekasih Allah, siapakah orang yang sanggup melihat wajahmu dikala kamu dalam sakaratul maut?” Anas bin Malik ra. berkata: “Apabila ruh Rasulullah s.a.w. telah sampai di dada beliau telah bersabda,“Aku wasiatkan kepada kamu agar kamu semua menjaga solat dan apa-apa yang telah diperintahkan ke atasmu.”

Ali ra. berkata: “Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. ketika menjelang saat-saat terakhir, telah mengerakkan kedua bibir beliau sebanyak dua kali, dan saya meletakkan telinga, saya dengan Rasulullah s.a.w. berkata: “Umatku, umatku.” Telah bersabda Rasulullah s.a.w. bahawa: “Malaikat Jibril a.s. telah berkata kepadaku; “Wahai Muhammad, sesungguhnya Allah s.w.t. telah menciptakan sebuah laut di belakang gunung Qaf, dan di laut itu terdapat ikan yang selalu membaca selawat untukmu, kalau sesiapa yang mengambil seekor ikan dari laut tersebut maka akan lumpuhlah kedua belah tangannya dan ikan tersebut akan menjadi batu.”

Dipetik dari http://anuar.blog.fke.utm.my.

PERMOHONAN SIKAYA DAN SIMISKIN

Nabi Musa a.s. memiliki ummat yang jumlahnya sangat banyak dan umur mereka panjang-panjang. Mereka ada yang kaya dan juga ada yang miskin. Suatu hari ada seorang yang miskin datang menghadap Nabi Musa a.s.. Ia begitu miskinnya pakaiannya compang-camping dan sangat lusuh berdebu. Si miskin itu kemudian berkata kepada Baginda Musa a.s., “Ya Nabiullah, Kalamullah, tolong sampaikan kepada Allah s.w.t. permohonanku ini agar Allah s.w.t. menjadikan aku orang yang kaya.” Nabi Musa a.s. tersenyum dan berkata kepada orang itu, “Saudaraku, banyak-banyaklah kamu bersyukur kepada Allah s.w.t.“. Si miskin itu agak terkejut dan kesal, lalu ia berkata, “Bagaimana aku mau banyak bersyukur, aku makan pun jarang, dan pakaian yang aku gunakan pun hanya satu lembar ini saja”!. Akhirnya si miskin itu pulang tanpa mendapatkan apa yang diinginkannya. Beberapa waktu kemudian seorang kaya datang menghadap Nabi Musa a.s.. Orang tersebut bersih badannya juga rapi pakaiannya. Ia berkata kepada Nabi Musa a.s., “Wahai Nabiullah, tolong sampaikan kepada Allah s.w.t. permohonanku ini agar dijadikannya aku ini seorang yang miskin, terkadang aku merasa terganggu dengan hartaku itu.” Nabi Musa a.s.pun tersenyum, lalu ia berkata, “Wahai saudaraku, janganlah kamu bersyukur kepada Allah s.w.t.“. “Ya Nabiullah, bagaimana aku tidak bersyukur kepada Allah s.w.t.?. Allah s.w.t. telah memberiku mata yang dengannya aku dapat melihat. telinga yang dengannya aku dapat mendengar. Allah s.w.t. telah memberiku tangan yang dengannya aku dapat bekerja dan telah memberiku kaki yang dengannya aku dapat berjalan, bagaimana mungkin aku tidak mensyukurinya”, jawab si kaya itu. Akhirnya si kaya itu pun pulang ke rumahnya. Kemudian terjadi adalah si kaya itu semakin Allah s.w.t. tambah kekayaannya kerana ia selalu bersyukur. Dan si miskin menjadi bertambah miskin. Allah s.w.t. mengambil semua kenikmatan-Nya sehingga si miskin itu tidak memiliki selembar pakaianpun yang melekat di tubuhnya. Ini semua kerana ia tidak mau bersyukur kepada Allah s.w.t.

Dipetik dari http://anuar.blog.fke.utm.my.

Sabtu, 25 Oktober 2008

AL-FATIHAH BUAT TOK



Al Fatihah. Semoga roh tok dicucuri rahmat Allah dan ditempatkan bersama golongan-golongan mukmin..........Amin.........

Tanggal 15 Oktober 2008 pada jam 7malam tok yang di sayangi telah kembali ke rahmatullah kerana sakit tua.

Jam 6.30pm aku mendapat panggilan dari ayah agar pulang segera malam tu juga kerana tok dah tenat. Namun, belum sempat ku khabarkan pada suami akan permintaan ayah, aku mendapat khabar yang lebih menyedihkan. Allah lebih menyayanginya.

Pertengahan Ogos lepas tok terlantar di hospital. Dimasukkan kerana tidak sedarkan diri dan panas badan tapi pemeriksaan doktor mengatakan tok terkena jangkitan peparu. Masa di hospital, tok asyik bertanya tentang aku dan kak long yang berada di kl dan jb. Kebetulan dengan cuti sekolah, aku balik dan mengambil cuti untuk menggantikan emak yang kurang sihat untuk menjaga tok di hospital. Sedihnya tengok tok yang dulunya cergas kesini kesana kini terlantar tak berdaya. Sob sob....apakah kita jua akan begitu? Menurut mak, tok dulu seorang yang lawa dan pandai memasak. Malah tok juga ada buat kuih tuk menjual. begitulah gigihnya seorang yang bernama tok suatu ketika dulu. GArang pun ada juga. Hee.....kekadang teringatkan tok, kelakar juga bila dia marah. namun kini semua tu tinggal memori.



Aku? Heee....sederhana kot.... memasak pula...yang aku suka makan, pandaila. Tapi sejak mak aku senang sikit (dulu mak dan ayah miskin, kemudian Allah murahkan rezeki dan alhamdulillah...mampu sekolahkan kami adik beradik sampai aku dan adik ke universiti dan poli), mak dah tak bagi tok buat keja apa2 dah. Tok punya ramai cucu dan memandangkan tok tinggal dengan kami sejak mak pindah ke Alor Setar, makanya, kamila yang paling rapat dengan dia. Dalam kami 4 beradik, rasanya dia paling sayang ngan adik aku. Kalu ngan adik aku, aku memang takleh lawan sebab adik aku memang suka melayan tok. Kencing berak, dia basuh, mandikan, suapkan makan...tukarkan lampin....Tak macam aku, slalunya (dulula sblm dia tak boleh berjalan lagi) aku dan tok kalau dok berdua mesti akan perang mulut. Macam seteru ayah dan mak kata aku dengan tok. Tapi bukanlasampai membenci cma aku suka membangkang kalu apa yang tok kata tak betul pada fahaman aku. Sekarang dah lain....dulu masa tu aku masih sekolah...belum matang, sekarang dah kawin...dah faham hati orang tua, apa hendaknya.... Mmm.........dah tak tau nak tulih apa tentang tok cuma nak tulih kata tok ni memang tok yang best.

Rabu, 8 Oktober 2008

kemaafan

setiap kali raya, tiap kali tula juga kita nak minta maaf. dan pastinya lepas raya buat lagi. rasanya semua orang pun macam tu. aku? yala juga.....cuma aku rasa ada kemaafan yang tersangkutla....rasanyala. sebabnya...masa muda2 dulu, ewaaahhhh....mcm la tua sangat dak? hehe.......masa sebelum kawin dulu memangla panas baran sikit. jadi kepada sesiapa yang pernah rasa tersinggung atau terkecil ati tu, maafkanla ya. kalu suami isteri tu, kata DMFK tak perlu tunggu raya, sebelum tidur tiap2 malam amalkan bermaafan sesama sendiri, insyAllah...tenang dan aman umahtangga. alhamdulillah...betul katanya, aku dan suami, even ada masanya tak sunyi dari gangguan yang menarik dosa, tapi setiap malam, mesti bermaafan dulu. kalau malam bermaafan, esoknya bangun, rasa segar, kalu tak, mesti tak best bangun pagi esoknya, malam pun rasa tak dapat tidur tenang. agaknya sebab syaitan suka sangat kot bila gaduh2 suami isteri ni, dia dok terloncat2 kegembiraan. jadi gegaran dari loncatan dia tu buat kita jadi tak tenang tu. heee....agaknyala kot........ :)

Selasa, 7 Oktober 2008

perjalanan aidilfitri 2008

raya tahun ni, nak kata agak menyedihkan pun seronok juga. first time hari raya pertama aku dan suami atas jalan raya balik ke klantan dari skudai. actually plan nak betolak malam raya tapi hujan lebat dan suamiku pon letih sbb keja pada siangnya, maka kami amik keputusan esok pagi ja balik.... malam tu pon aku masih sibuk nyaipkan baju raya sendiri...hehe...macam raya taun lepas jugak, baju siap masa hari raya. mak ngot kata s kat aku. hmm...takpala, mak ngot makngot pun...aku puas hati jugak...cuma baju mak tu, minta maaafla ya, terbesar cikit. almaklumla amatur yang buat.

lepas semayang raya, kami pun bertolakla ke kelantan....12 jam perjalanan kami. dari 9pagi sampaila 9 malam betul2. letih? hmmm...agaknya dah biasa maka segala rasa letih tu jadi suatu perasaan yg seronok. mn tak seronoknya, bejalan2 dan makan angin. rasa nak singgah memana masa tu la...macam honeymoon gitu. yang paling aku suka bila lalu terengganu. suka sangat kat kawasan tepi pantai tu. nyaman dan...... Subhanallah.....indahnya ciptaan Dia. teringat pada maksud ayat dalam surah Ar-Rahman yang berbunyi gini,
"Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?" .
suka juga kalu singgah kat masjid terapung tu. tengok ikan2 kecil berenang2. sukanyaa... sampai umah mek dan cek dah malam, xla kemana2. hari raya kedua barula ke rumah sedara mara dan kawan2. sampai malam juga beraya. heee.......sempat jumpa sham yang dah lama xjumpa.

pagi raya ketiga kami bertolak balik ke kedah. hmm....saat yang kunantikan. xsabar nak balik kedah sebab nak tengok basikal yang baru dibeli. basikal ni special sbb dia boleh dilipat. kononnya nak berbasikal balik dari keja tapi....atas sebab2 yang tak dapat dielakkan aku diminta suami agar tidak lagi berbasikal.

huuuu........sari ja dap at berbasikal...takpala, dapat juga rasa. hee......sambung balik pasai raya kat kedah. raya kat kedah tak sempat kemana2. cuma pi umah wa dan g jumpa kawan suami ja kejap. tupun jumpa kat pekan rabu. xpala...masa pun bukannya panjang nak kesini sana. plan nak ke umah zuriat, esah dan ke sungai petani tak jadi sbb pak long sekeluarga datang umah. makanya, beraya dirumah ja.


mengikut nasihat paklong yang bekerja dgn PLUS, raya kelima, hari ahad, perjalanan balik ke johor pun bermula seawal jam lima pagi. tapi...keluar awal pun jem juga. makanya sehari jugala perjalanan kami... sampai kat jb kul 8.30pagi. tu pun takla sepanjang jalan atas highway ja. singgah umah s, beraya2 kat umah abang dia sat, pastu dari kul 2 naik highway kuala, ha...masa tula start jem. hampir krem kaki aku sbb masa tu turn aku bawa keta. jem2, penat, kami singgah kat sabak bernam tuk solat. dah kul lima stgh dah masa tu. usai ja solat, kami terus gerak ke shah alam umah kak ipar aku. sampai sana pun pusing2 sebab tak ingat jalan, kul 9 juga sampai kat umah kakak aku. dok situ sampai kul spuloh, kami pun meneruskan perjalanan ke johor. pusing2 lagi, akhirnya, keluar ikut exit nilai, dan keletihan menyebabkan kami tertido di R&R machap. sikit lagi ja nak sampai tapi mata dah kelat sangat. kot teruskan jadi mcm lain pulak. lepas subuh, start perjalanan dan sampai kul 8camtula. slow ja bawa...keta kancil je....ha....tula, perjalanan raya kami berdua tahun 2008, tahun kedua kami beraya sebagai suami isteri.



Selasa, 23 September 2008

kelebihan-kelebihan bismillah

Semalam ada orang bising, page ni dah bersawang sebab dah lama tak diapakan....jadi, bila tadi dapat email dari opismate, rasa mcm kena sebarkan. aku pun rasa perlu sebarkan, maka disinilah kelebihan2 bismillah tu...........

1) Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu
menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis
pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2) "BISMILLAH untukmu dan umatmu, suruhlah mereka apabila memohon
sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak
BISMILLAH diturunkan kepada Adam." (Hadith Qudsi)

3) Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke
arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang
dan terlempar semua syaitan.

4) Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada
orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH dibacakan
di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5) Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah
BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6) Jumlah huruf dalam BSMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka
ada 19. Ibnu Mas'ud berkata: "Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19
malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari."

7) Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf
berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan
kamilah kehebatannya. "

8) Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan
mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala
dosa kedua orang tuanya.

9) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala
gunung kepadanya.

10) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak
tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan
kebakaran, maut mendadak dan bala.

11) Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang
yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta
naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.


Sabda Rasulluah, "siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang
mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada...."


Sabtu, 2 Ogos 2008

lagu-lagu the zikr

nak masukkanla lirik2 the zikr kat dalam ni. lagu2 ni diperkenalkan oleh ju. dia beli kaset, aku pun nak beli juga. pastu suka. kaset hilang, aku cari cd. lani cd tinggal kat kampung tapi selalu ja dok nyanyi2 juga. jadi...sapa2 nak nyanyi juga, ikutla lirik2 kat sini. hehe

ISTERI SOLEHAH

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penyejuk jiwa
Di rumah ia isteri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan

Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa dia mengingatkan

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita dia betulkan
Penghibur diwaktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya

Dia umpama tongkat sibuta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan

********************************
ALLAH IS CALLING


Allah is calling
But I didn't answer
And when Allah is calling
I just listen to the voices

Allah is calling
I just answer sometimes
And when Allah is calling
I just listen to the whispers

Allah is calling
I answer so many times
Allah is calling
I'm tired of them

Hardly forching myself
I have to accept it all
And that is really me
Who's still not close to Allah

**************************
TAK SEINDAH SENTUHAN MATA

Sekeping hati di bawa berlari
Jauh melalui jalan nan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para peuang

Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa

Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkan mata yang menatap
Pada debu yang pastikan hinggap

Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan ditengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba

************************************
KASIH MESRA

Kita suburkan semula
Kasih fitrah yang sudah lama pudar
Di hati insan
Agar ia subur dan berbunga
Menyerikan taman kehidupan
Yang selama ini lesu dan layu

Buanglah semua kepentingan diri
Demi mencapai kasih dan sayang
Bila kasih sayang bersemi di hati
Benih mahmudah kan subur kembali
Fikirkanlah hak orang lain
Kerena kasih sesama manusia

Dunia ini hanyalah kembali damai
Bertolak ansur dan bertimbang rasa
Rasa bersama dan bekerjasama
Yang melupakan kepentingan dunia
Cinta Allah dan Rasul di dalam hati
(Buanglah kepentingan diri)
(Demi mencapai kasih dan sayang)
(Bila kasih sayang bersemi di hati)
(Benih mahmudah kan subur kembali)

p/s: khas buat sahabat "lama"...

*************************************
AIR MATA KEINSAFAN

Air mata keinsafan
Yang mengalir di malam sepi
Inilah dia pelembut jiwa
Bagi mendapat kasih Ilahi

Rintihan di pertiga malam
Dari seorang hamba yang dhoif
Kerna mengenang segala dosa
Moga mendapat keampunan dari Ilahi

Setiap kekasih Allah
Menempuhi jalan ini
Untuk mereka memiliki kejayaan
Ayuh bersama kita susuli
Perjalanan kekasih Allah
Agar kita tiada rugi
Dalam meniti hidup ini

Deraian air mata ini
Titisan yang paling berharga
Buat menyimbah api neraka
Moga selamat di titian Sirat
Bahagia menuju syurga abadi

****************************
PERANTAU


Perantau musafir perjuangan
Tabahkanlah hatimu
Berjuang di rantau orang
Sedih pilu hanya engaku yang tahu

Ingatlah anak dan isteri
Janganlah menghriris hatimu
Kerinduan desan nan permai
Janganlah melemahkan semangat juangmu

Di waktu ujian badai terus melanda
engkau tetap gigih berjuang
membenarkan sabda junjungan
Terus memburu menuntut janji
Pastilah Islam gemilang lagi

Tapi pejuang kembara perjuangan
Ujian bukan batu penghalang
Kerana itulah syarat dalam berjuang

Oh pejuang
Di manapun ada ketenangan
Di manapun ada kebahagiaan
Bila insan kenal pada Tuhan
Kasih sayhang dan pembelaan-Nya
bagi insan yang menyerahkan
Jiwa dan raga, anak dan isteri
Kepada Allah



biizi

Lamanya....lahai tak menjenguk sini dan tulih papa. Hmm...rindu pulak nak menulih. As usual, idea xdak. Minggu lepas and this coming two weeks will be very busy. Ada competition nak masuk. Hopefully kami berjaya. Aminn.....(hehe aminkan sendiri). Sekarang ni tgh download lagu lama2 yang tetiba teringat balik. bila dah teringat lagu lelama tu, mula la terkenangkan zaman2 bujang dulu. dok nyanyi2 ngan Ju lagu2 Group The Zikr sambil dok lipat baju ka, wat papaka... masa tu tenang dan indah sangat perasaan ni. Masih suci kata orang. Heee.... LAgu yang paling aku suka adalah lagu secerah pawarna:

seindah sedamai
pantai melambai gemalai
begitulah hati
merindu kasih yang padu
bagaikan pepasir
basah disimbah lautan
begitulah perjuangan ini
biar basah dengan iman dan ukhuwah

kita ingin segalanya indah
sebersih pasir pantai memutih
seindah dan secerah pawarna
bersemi ukhuwah di ufuk kasih

kita ingin segala terlerai
dengki dan dendam kesumat musnah
biar keikhlasan berbicara
di dada hati luas saujana

seindah sedamai
pantai melambai gemalai
begitulah hati
merindu kasih yang padu
bagaikan pepasir
basah disimbah disimbah lautan
begitulah perjuangan ini
biar basah dengan iman dan ukhuwah

seindah sedamai
pantai melambai gemalai
begitulah hati
merindu kasih yang padu...


haaa..tula lagu yang paling aku suka dari kumpulan the zikr. tapi rasanya, lagu ni paling sinonim kot.. sebabnya, aku rasa bukan aku saja mcm tu, tapi sifat manusia memang selalu mcm tu. bila ada xnampak, bila dah hilang barula terasa betapa pentingnya ia/dia... semoga kita suma dapat bersyukur dengan apa saja yang dikurniakannya. sikit ataupun banyak....


ANTARA 2 CINTA

Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap
Baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana di padang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidakku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cinta-Mu kuharap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh

Ahad, 13 Julai 2008

jangan mengeluh....

Kita selalu Bertanya.... ......... .......dan Al-Quran sudah menjawabnya. ......... .......

KITA BERTANYA :
KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KITA BERTANYA
: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216


KITA BERTANYA :
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. "
- Surah Al-Baqarah ayat 286


KITA BERTANYA
: KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139


KITA BERTANYA :
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). "


KITA BERTANYA
: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45


KITA BERTANYA :
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111


KITA BERTANYA
: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. "
- Surah At-Taubah ayat 129


KITA BERKATA :
AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12

Sabtu, 28 Jun 2008

cinta tanpa syarat


Hmmm....dari sehari ke sehari dok kata nak update blog ni tapi ada ja halangan demi halangan yang menyebabkan tak dapat nak masuk dan post something here. hmm...mesti kawan yang sorang tu dok jengok tapi tak dak (perasan tak? heee.....). dia dah bagi semangat dah suruh start engine. ni baru nak start. lambatla nak panas. takpala janji ada. lama2 dia panasla tak? senang sikitla nak jalan. takla tersengguk-sengguk lagi.

Semalam aku baru ja habih baca buku "Aku terima nikahnya" yang ditulis oleh Ustaz Hasrizal. Ghalid....... ja baca buku tu. Insaf sat. Hehe... entahla, sebut pasai insaf ni, aku baru ja anta emel marah kat orang. Actually, takla suka sangat macam tu, but nak wat cane? Dari dulu lagi nak marah. tapi sabar ja. bila suddenly rasa betul2 marah, aku terlupa untuk mengawalnya... Is it? Hmmm...malas dah nak ingat. At least aku dah lepaskan apa yang terbuku di hati.

Sambung pasai buku tu. Haaa....best tau kalau rajin membaca ni. ada juga ilmunya sikit. Jadi, kat sini aku nak la cakap tentang cinta tanpa syarat macam dalam buku tu katala. hmm...harap tak boring.

Walaupun tajuknya cinta, actually dia cakap tentang kasih ibu bapa. aku ni kalau sentuh ja bab mak ayah ni mesti ayaq mata pon kaluuut nak keluaq. huuuu...sob sob sob.....yela....dari kecik sampai dah besaq panjang macam ni, dia jaga, didik, hantar pi skolah pastu bagi restu kawin dengan pilihan hati, mana leh lupakan mak ayah camtu saja... sapa yang dok lupa jugak kat mak ayah ni tak tau nak kata apa. Bagi aku, mak ayahla orang yang paling banyak berjasa pada diri aku. Aku sakit, mak ayahla yang dok bersengkang mata jaga aku dengan tido yang tak tentu tempat... Besarnya pengorbanan mak ayah... Itulah kasih sayang TANPA SYARAT kata ustaz hasrizal (aka abu saif).

Kata abu saif dalam buku tu, anak-anak jiwanya tak sebesar ayah dan bonda. Kasihnya kedang-kadang tidak sampai ke makam ayah dan bonda. Namun, seorang ibu, mampu menahan pedih dan perit membesarkan anak-anaknya. bukan setahun dua, malah majoriti nyawa dan usia. mereka mampu membelai, mudah memaafkan kia kerana mereka kasih dan cinta kepada kita dengan CINTA TANPA SYARAT.

Dalam buku tu, Abu Saif minta kita bayangkan kalau Allah nak ampunkan kita, tapi dengan syarat. Mesti binasa kita kan? Sebabnya, mampukah kita sebagai hambaNya melepasi syarat-syarat tu? Jika Allah syaratkan solat mesti khusyuk, apakah ada solat kita yang sampai kepada apa yang Allah syaratkan tu?

Sesungguhnya, kata Abu Saif lagi, kita tak mungkin selamat dengan hanya melihat pada amalan. Melainkan dengan rahmat Allah itu jualah jawapannya. Tapi, Rahmat Allah bukan perkara kecil. Ia diminta denga tawasul kita kepada sifat Allah iaitu al-Wahhab. Sifat al-Wahhab ni abu saif dengar dari ceramah Ustaz Kariman tentang 99 nama Allah.

Allah sebagai Tuhan yang bersifat al-Wahhab bermaksud "Yang Maha Memberi", yang mana maksudnya Allah tak perlu kepada makhluk. Allah bagi kita tanpa sikit pun kurang daripadaNya. Namun, memberi dengan sifat al-Wahhab itu terkandung di dalamnya lima sifat:

  1. Memberi tanpa meminta apa-apa balasan
Percikan sifat al-Wahhab itu Allah limpahkan kepada jiwa ibu bapa kita agar mereka kaya dengan kasih sayang. Sayang kepada seorang anak tidak berbeza dengan sayangnya kepada sembilan anak yang menyusul kemudian.

2. Memberi secara berulang-ulang

Sifat ini menjadikan mak ayah sebagi mereka yang sabar. Tak jemu memberi dan tak marah jika diminta. Bayangkanlah, masa kita kecik, sanggup mak ayah bangun bila mendengar tangisan kita. Kerana apa? kerana kasih dan sayangnya mak ayah pada kitalah.

3. Memberi tanpa diminta

Percikan sifat ni menjadikan mak ayah memberikan kita pelbagai keperluan tanpa diminta.

4. Memberi sesuatu yang amat berharga

Kerana sifat al-Wahhab ini jugalah, datangnya RAHMAT yang menyelamatkan kita. Peluang demi peluang Allah bagi kat kita sehinggalah sampai masa pintu taubat itu Allah tutup atau kita menutupnya sendiri.

Cebis-cebis sifat ini Allah limpahkan ke dalam jiwa mak ayah kita. Diberikannya kasih sayang yang tak mampu diberi walau oleh dua pasangan yang sangat salaing mencinta. Kasihnya ibu bawa ke syurga, kasih ayah selama-lamanya. Semuanya diberi agar kita membesar penuh sempurna, menjadi insan yang berjaya dan mulia. Ayat ni buat aku teringat perbualanku dengan seorang senior masa aku bekerja RA suatu ketika dulu. Dia tanya tentang ayah aku. Kata aku, ayah aku memang seorang yang sangat garang. Aku selalu dirotan, tapi rotannya hanya naik bila kami adik beradik melakukan kesalahan sahaja. Namun, aku tambah lagi, kalu tak kerana garangnya ayah, tak mungkin aku sampai ke tahap sekarang ni.

5. Memberi sesuatu yang baik untuk menghasilkan kebaikan

Dengan sifat al-Wahhab, Allah beri kita pelbagai kebaikan, agar dengan kebaikan itu, dapat kita sambut dengan syukur dan taat, berupa khidmat kepada sesama insan, harta agar kita bersedekah dan ilmu agar kita berdakwah.

Itulah sedikit sebanyak dari buku tu. kenala beli kalau nak tahu lebih lanjut. best sangat rasanya. tersa macam dok dengar berdepan puak. buku ni santai, tapi penuh dengan nasihat dan panduan. Alhamdulillah, dapat ilmu yang bermanfaat.