Rabu, 19 November 2008

firmanNYA yang bermaksud

Firman Allah,

yang maksudnya:

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan solat serta memberi zakat, juga taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa, lagi Maha Bijaksana [al-Taubah 9: 71]

ini aku petik dari artikel abusaif yang bertajuk "ANTARA PEDULI DAN PEDULI APA". Artikel ini sangat menarik (rasanya artikel-artikel tulisan abusaif memang aku rasa menarik). Katanya dalam artikel tu,

"ISLAM AGAMA PEDULI. Memang Islam agama peduli. Agama ambil tahu.

Allah SWT tidak jadikan manusia ini berdiri tunggal tidak berhajat kepada manusia lain. Lahirnya, tali pusat dipotong orang. Matinya pun, dikafan dan dihantar ke kubur oleh orang lain. Jangan sombong menyebut “kubur masing-masing”. Nanti diherdik orang suruh ke kubur sendiri dan kambus sendiri selepas mati!

Oleh kerana kita punya banyak hajat pada bantuan dan hasil kerja orang lain, maka Allah pikulkan tanggungjawab untuk membalasnya. Ada give and take.

Islam adalah agama yang mengajar kita berdamping dengan matlamat, dengan tujuan. Justeru setiap amalan bermula dengan mempersoal serta menetapkan niat. Kerana niat, Tahassus boleh berubah menjadi Tajassus.

Tahassus itu adalah perbuatan mengambil tahu, menyelidik dan menyiasat untuk tujuan yang baik. Manakala Tajassus pula adalah perbuatan menyelidik, menyelak-nyelak dan mencari-cari kesalahan serta kelemahan orang lain dengan tujuan yang jahat.

Namun Islam melarang perbuatan yang sama, andai motifnya bukan untuk suatu kebajikan. Sama ada berniat jahat, atau sekadar tanpa sebarang niat, kedua-duanya adalah mungkar. Justeru Allah SWT memberi amaran:

“… Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan serta keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain” [al-Hujuraat 49: 12]

Nabi Sallallaahu ‘alayhi wa sallam juga memberi peringatan lanjutan:

Dan janganlah kamu memutuskan (silaturahim), janganlah merancang kejahatan sesama kamu, janganlah benci membenci dan jangan saling berhasad. Jadilah kamu wahai hamba-hamba Allah bersaudara. Tidak halal bagi seorang muslim meninggalkan saudaranya lebih dari tiga (hari)”

Jika anda seorang Muslim, dan peduli pada kualiti Islam yang ada pada diri, maka peganglah hadith ini:

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu beliau berkata, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bersabda: Di antara tanda eloknya Islam seorang itu ialah pada perbuatannya meninggalkan apa-apa yang tidak berkenaan dengan dirinya) Hadith Hasan diriwayatkan oleh al-Tirmidhi dan lain-lain

Dalam suasana perlunya kita mengambil berat dan PEDULI antara satu sama lain, belajar-belajarlah untuk sesekali membalas gosip dengan berkata, “PEDULI APA!”

Hmm...mcm terkena sikit pda batang hidung sendiri. sedikitla...sebab nak sibuk hal artis, dah lam tak tengok melodi atau TV tapi yang sikit tu adalah sebab sibuk hal orang sekeliling. Janganla yang sikit tu buat aku rugi. Nauzubillah...




Tiada ulasan: