Jumaat, 6 Februari 2009

Dah...Februari

Pejam celik pejam celik dah pun masuk bulan kedua tahun 2009. Cepat sungguh masa berlalu tapi aku dok macam semut lagi. Mmmm....lama sungguh tak update blog ni. Sukahati ja kan? Tahun ni banyak juga yang telah berlaku. Lawatan Sime Darby ke lab, shooting untuk Iskandar Malaysia, tingkap umah dikopek orang dan perasaan tah hapa2 yang melanda. Semua tu berlaku dalam tahun baru ni. Azam? Rasanya yang tahun lepas punya pun tak lepas lagi, nak tambah yang baru macam tak patut pulak. heee....dah la makin mengong2.

Semalam tepon mak kat kampung. Katanya nak buat kenduri untuk allahyarhamah nenek aku. Kena minta cuti ni, sebab lambat lagi. Hee...macam dah lama tak balik. Macam la...umah Kelantan memang lama tak balik. Umah Kedah baru ja balik Ujung tahun lepas. Kesian mek, mesti rindu kat anak n menantu dia ni.

Tiada ulasan: